Gambar Sharnaaz buat pemeriksaan otak, bukti tiada masalah mental seperti didakwa Fauzi Nawawi


Gambar Sharnaaz buat pemeriksaan otak - Sebelum ini, Fauzi Nawawi pernah menyarankan Sharnaaz untuk melakukan pemeriksaan otak kerana didakwanya mempunyai masalah mental. Tercabar dengan tuduhan itu, Sharnaaz segera pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan MRI.

Hasil keputusan pemeriksaan otak yang diperolehi aktor itu telah dikongsikan di akaun Instagram dengan caption sindiran berbunyi "Saya dah buat MRI MRA… Scan otak pun dah… Di kawal rapi oleh Dr @sherrini dari PPUM… Saya lulus, otak saya sihat dan jugak hensem otak saya hehe.. Anda bagaimana??? Sudah check? #halussssss".

Kata Sharnaaz, doktor telah mengesahkan otaknya sihat dan tidak mempunyai masalah yang berkaitan dengan mental. Ini menunjukkan dakwaan Fauzi memang tidak betul dan mungkin terpengaruh dengan cerita isterinya, Lisdawat.

Malah, bekas kekasih Shila Amzah itu turut mencabar Fauzi supaya mereka juga melakukan pemeriksaan otak seperti yang dilakukannya. Ini jelas memberi isyarat kepada pasangan itu bahawa dia sudah bersedia untuk menyaman mereka.


0 Response to "Gambar Sharnaaz buat pemeriksaan otak, bukti tiada masalah mental seperti didakwa Fauzi Nawawi"

Catat Ulasan

dzulCYBER