Gambar romantik Zizan Razak dan Emma Maembong di Anugerah Meletop Era 2013


Gambar romantik Zizan Razak dan Emma Maembong - Sebelum ini dua selebriti terkenal, Zizan Razak dan Emma Maembong pernah beberapa kali menafikan mereka adalah pasangan kekasih seperti didakwa media hiburan dan akhbar-akhbar tempatan.

Ini memaksa sekumpulan peminat mendedahkan bukti-bukti mereka sedang hangat bercinta menerusi beberapa status sweets yang diambil dari laman Twitter Zizan Razak dan Emma Maembong. Bukan senang nak tipu peminat, tak gitu?

Meskipun reda seketika hubungan pasangan artis itu daripada terus diperkatakan orang ramai namun kontroversi mereka bercumbuan di kapal terbang yang disiarkan sebuah akhbar bulan lalu telah menghangatkan kembali gosip cinta mereka.

Tidak lama selepas kontroversi tersebut, Zizan dan Emma dipaksa pula berhadapan dengan tuduhan salah seorang jirannya yang mendakwa mereka bersekedudukan.

Rasanya, dunia artis memang tidak boleh lari dari dihambat kontroversi lebih-lebih lagi kepada mereka yang sedang meniti kemuncak populariti. Sabarlah jela Zizan dan Emma.

Mari layan beberapa keping gambar romantik mereka dalam acara Karpet Merah Anugerah Meletop Era 2013. Ibarat macam pinang dibelah dua pula, padan sangat.





0 Response to "Gambar romantik Zizan Razak dan Emma Maembong di Anugerah Meletop Era 2013"

Catat Ulasan

dzulCYBER