Gambar Neelofa meletOp di udara jadi trending di Twitter


Gambar Neelofa beraksi di udara jadi trending di Twitter - Hebat sungguh penangan yang dicetuskan aktres jelita, Neelofa ketika mengacarakan Anugerah Meletop Era 2014 semalam bersama Dato' Ac Mizal dan Nabil Ahmad.

Sehingga kini hashtag #MeLeToP masih menjadi tending di Twitter dan menduduki tangga kelima di belakang empat hashtags bertaraf international iaitu #Woohyun24thBday, #AskZoellaLiverpool 5-1 Arsenal dan #비에이피.


Pastinya, kontroversi fesyen pelik menyerupai Power Rangers dan watak Cell dalam drama animasi Dragon Ball yang ditampilkan Neelofa semalam menjadi penyumbang terbesar kepada trending hashtag itu di laman Twitter.


Selain dua fesyen pelik ini, aksi hebat Neelofa di udara dengan pakaian yang cukup seksi dan ketat turut hangat diperkatakan ramai pengikutnya di laman sosial malah dalam kalangan penonton Anugerah tersebut malam tadi.



0 Response to "Gambar Neelofa meletOp di udara jadi trending di Twitter"

Catat Ulasan

dzulCYBER