Gambar majlis perkahwinan Aisyah Zainal, bekas tunang Ally Iskandar


Gambar kahwin Aisyah Zainal, bekas tunang Ally Iskandar - Pernah mengalami kegagalan hubungan dengan pengacara terkenal Ally Iskandar sebelum ini, namun tarikh 14 Februari 2014 menjadi hari keramat buat Aisyah Zainal selepas selamat disatukan dengan Ashrudy Borhan menjadi pasangan suami isteri yang sah.

Tahniah admin ucapkan, setiap kegagalan pasti ada hikmahnya. Majlis akad nikah mereka berlangsung pada pukul 9.30 malam di Masjid Besar Alor Gajah dan dilakukan sendiri oleh bapa Aisyah. Pihak perempuan menerima wang hantaran bernilai RM16,885 yang diambil bersempena hari lahir Aisyah iaitu 6 Ogos 1985.

Untuk pengetahuan, pengantin lelaki Mohd Ashrudy Borhan, 34, ialah produser TV Al Hijrah. Beliau telah mengejutkan keluarga Aisyah apabila datang melamar Aishah secara drastik kira-kira sebulan sebelum tarikh pernikahan.


0 Response to "Gambar majlis perkahwinan Aisyah Zainal, bekas tunang Ally Iskandar"

Catat Ulasan

dzulCYBER