Gambar banjir terburuk di Sabah tiada liputan TV3, di mana bantuan kemanusiaan?


Gambar banjir terburuk di Sabah tiada liputan TV3 - Banjir tahun 2014 yang berlaku sejak dua hari lalu ialah tragedi terburuk di Sabah apabila sebahagian besar kawasan daerah Keningau, Tenom, Nabawan, Beaufort dan Sipitang ditenggalami air sedalam hampir 1 hingga 3 meter.

Kejadian ini menyebabkan hanya bahagian bumbung sebahagian rumah di daerah-daerah berkenaan dapat dilihat. Menurut informasi dari rakan, daerah Beaufort dan Tenom adalah antara kawasan yang paling terjejas teruk dan merupakan satu lagi sejarah hitam buat Sabah yang berulang selepas tahun 1981.


Malangnya, bencana banjir seteruk ini langsung tidak mendapat liputan TV3 sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk yang terkesan. Memang amat menyedihkan bagi admin kerana stesen TV3 bertanggungjawab untuk membuat liputan di seluruh Malaysia. Adakah malam ini akan disiarkan di TV3?

Jika dilihat pada beberapa keping gambar di bawah, jelas kejadian banjir di Sabah tidak kurang teruknya berbanding di Semenanjung. Selain itu, di mana bantuan kemanusiaan yang sering datang apabila masa pilihanraya umum tiba?







0 Response to "Gambar banjir terburuk di Sabah tiada liputan TV3, di mana bantuan kemanusiaan?"

Catat Ulasan

dzulCYBER