Gambar Aliff Aziz dan Shazleen berpeluk sakan, nafi sedang bercinta

Gambar Aliff Aziz dan Shazleen berpeluk sakan - Sebelum ini, beberapa keping gambar mesra penyanyi Aliff Aziz dan seorang wanita dikenali Shazleen telah tersebar di internet sehingga mengundang kemarahan ibu wanita berkenaan.

Penyebaran itu turut tidak disenangi penyanyi tersebut kerana wanita yang bergambar bersamanya baru sahaja dikenali beliau kira-kira dua bulan itu. Untuk itu, Aliff Aziz menerusi portal Murai menafikan sudah menemui pengganti baru.

“Sebenarnya saya lebih lama mengenali ibu bapanya kerana sebelum ini ibunya pernah memanggil saya untuk mengadakan private show bagi sesebuah organisasi dan sudah banyak kali juga kami bekerjasama sebelum ini.”

“Saya baru berkenalan dengan anaknya yang bernama Shazleen itu sejak 2 bulan lalu, Pada saya hubungan kami lebih kepada kekeluargaan. Saya hormat dia dengan keluarga.”

“Saya tidak tahu bagaimana foto itu tersebar tetapi apa yang pasti bukan kami berdua sahaja yang ada ketika itu. Ramai yang sambut hari jadi saya ketika itu, malah foto itu juga diambil oleh ibunya.”


Sementara itu, Aliff mengakui belum menemui calon isteri yang sesuai dan menganggap Shazleen ialah wanita yang paling rapat dengannya setakat ini.




1 Response to "Gambar Aliff Aziz dan Shazleen berpeluk sakan, nafi sedang bercinta"

  1. buat malu je , kamu tu dah la islam sepatutnye tunjukkan contoh yg baik pada bukan islam..melainkan kalau dah jadi suami isteri nak buat macam mana pun org tak kisah , tapi masih ada batas yg perlu dijaga

    BalasPadam

dzulCYBER