Fauzi Nawawi dakwa watak Jebat punca Sharnaaz mengganas


Fauzi Nawawi dakwa watak Jebat punca Sharnaaz mengganas - Nampaknya, pertelagahan antara Fauzi Nawawi dan Sharnaaz Ahmad semakin rumit selepas terbaru suami Lisdawati itu memberitahu tidak akan meminta maaf kepada Sharnaaz.

Menurut Fauzi ketika dihubungi mstar hari ini, beliau merasakan pemintaan bekas kekasih Shila Amzah itu mengarut dan tidak masuk akal. Jadi, jika Sharnaaz mahu membawa kes berkenaan ke muka pengadilan, dia sudah bersedia dan tiada masalah.

“Buat apa saya nak minta maaf? Dalam SMS, perkataan ‘ibu’ saya gunakan, apa perasaan dia jika saya menengking ibunya? Itu sahaja." 

“Kenapa dia nak putar belitkan SMS saya yang sudah jelas ingin bertanya pada dia sebab-sebab dia menengking Lisda?” soalnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada tengah hari Rabu."

Sementara itu, Fauzi mendakwa kelakuan Sharnaaz yang semakin garang berpunca daripada penghayatan wataknya dalam drama bersiri Bukan Aku Tak Cinta sebagai Jebat sehingga karakter itu meresap ke dalam dirinya. 

“Rasanya, lebih baik Sharnaaz pergi menjalani rawatan doktor kerana watak Jebat yang bersikap garang dan kasar mungkin sudah meresap ke dalam dirinya, memandangkan sudah empat bulan tanpa henti dia terlibat dengan penggambaran drama itu."

“Selain itu, baru saya faham kenapa tidak ramai wanita yang ‘melekat’ dengan dia dalam sesebuah perhubungan cinta memandangkan dia tidak pernah menghormati wanita. Sedangkan wanita bersifat lembut yang ingin dikasihi dan dibelai.”

0 Response to "Fauzi Nawawi dakwa watak Jebat punca Sharnaaz mengganas"

Catat Ulasan

dzulCYBER