Fauzi Nawawi dakwa Sharnaaz ada masalah mental isu serang Lisdawati


Fauzi Nawawi dakwa Sharnaaz ada masalah mental - Kontroversi Sharnaaz memaki hamun dan menyerang Lisdawati di lokasi penggambaran pada 19 Februari lalu semakin panas apabila suami Lisdawati, Fauzi Nawawi membuat laporan polis.

Sebentar tadi, portal ohbulan telah menghubungi Fauzi bagi mendapatkan ulasannya berhubung tindakan ganas pelakon Sharnaaz terhadap Lisdawati. Katanya, dia kurang pasti apa punca sebenar bekas kekasih Shila Amzah itu bertindak ganas namun ianya ada kaitan dengan kesilapan dialog ketika penggambaran.

"Saya tak tahu apa sebenarnya yang terjadi sampai dia marah sangat isteri saya. Yang saya tahu, Lisdawati call saya menangis-nangis selepas kejadian. Apa yang saya dengar dari saksi, pada mulanya mereka semua bergelak, biasalah bila tersalah dialog, semua orang akan gelak. Tapi entah mengapa Sharnaaz cuma tengking isteri saya."

"Saya ada telefon pengarah drama tu, Jamal Khan untuk minta tolong tengok-tengokkan isteri saya. Lisdawati pun minta Lana Nodin teman dia ke lokasi pada 21 Februari kerana risau sekiranya berlaku apa-apa yang tak diingini."

"Apabila mereka sampai sahaja di lokasi, Sharnaaz terus halang kereta mereka dan belum sempat Lisdawati keluar, Sharnaaz dah tunggu depan pintu kereta dengan lagak yang bersedia untuk menyerang. Lana kemudiannya telefon saya dan saya arahkan Lana bawa Lisdawati tinggalkan tempat tu. Lana cerita, mereka dengar Sharnaaz menjerit sewaktu mereka berpatah balik."

"Saya tak tahu bagaimana pula keadaan isteri saya kalau dia keluar dari kereta. Mungkin Sharnaaz boleh bertindak lebih daripada itu. Suami mana yang tak risau jika isteri dia yang sedang mengandung diperlakukan macam tu?"



Sementara itu, Fauzi segera membawa Lisdawati ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Hasil pemeriksaan doktor mendapati isterinya disahkan mengalami tekanan darah tinggi serta gangguan pada kandungan mereka.

Susulan itu, Fauzi menegaskan akan menyalahkan Sharnaaz jika apa-apa terjadi kepada kandungan Lisdawati. Walaupun dia tidak mengharapkan permohonan maaf dibuat secara terbuka oleh Sharnaaz namun dia meminta agar beliau segera membuat rawatan mental. 

"Kalau apa-apa jadi pada isteri saya, saya nak dia bertanggungjawab. Saya tak harapkan dia minta maaf sebab saya tahu dia tak akan buat macam tu. Tapi saya sarankan dia pergi buat rawatan kesihatan. Saya takut dia ada masalah mental yang dia sendiri tak tahu."

Meskipun tindakan Sharnaaz tiu disifatkan Fauzi sebagai keterlaluan namun dia tidak akan menyerang secara peribadi kerana percaya pada institusi undang-undang negara.

0 Response to "Fauzi Nawawi dakwa Sharnaaz ada masalah mental isu serang Lisdawati"

Catat Ulasan

dzulCYBER