Erra Fazira kecewa isu penceraian jadi bahan jenaka di laman sosial


Erra Fazira kecewa isu penceraian jadi bahan jenaka - Berita penceraian Erra Fazira pada selasa lalu menjadi bualan hangat peminat sehingga ada yang mempersendakannya di laman-laman sosial. Perkara itu membuatkan Erra kecewa dan terkilan.

Erra yang ditemui di sesi rakaman rancangan Primadona semalam memberikan ulasan terkilan berbunyi seperti berikut.

“Susah! Kalau cakap lega dan bersyukur orang akan salah anggap, cuma apa yang boleh saya perkatakan persoalan yang timbul sebelum ini sudah terjawab dan segala sudah terlerai.”

“Saya sendiri serba-salah untuk memberikan sebarang kenyataan membabitkan perceraian ini memandangkan banyak pihak bertindak melampau dengan mempersendakan perceraian kami di laman sosial. Pada saya apa yang dilakukan itu sangat keterlaluan."

“Mereka tidak melaluinya jadi mereka tidak tahu. Dalam hal ini berat mata memandang berat lagi bahu memikul, tetapi tidak semua perkara yang boleh dikongsi bersama umum."

"Ada yang saya kongsi sudah disalah tafsir dan jadi bahan mainan dan ia tidak bagus. Ada juga yang agak sensitif apabila membicarakan mengenai isu perceraian ini.”

1 Response to "Erra Fazira kecewa isu penceraian jadi bahan jenaka di laman sosial"

dzulCYBER