Emma Maembong tipu penerbit untuk bersama Zizan Razak di AJL 28


Emma Maembong tipu penerbit untuk bersama Zizan Razak - Sememangnya tidak semudah yang disangka untuk bergelar sebagai artis popular. Ada sahaja pihak tidak berpuas hati jika gagal memenuhi permintaan mereka.

Situasi yang sama sudah beberapa kali dilalui oleh pelakon comel, Emma Maembong. Beliau yang ketika ini sedang hangat digosipkan bercinta dengan pelawak terkenal, Zizan Razak, didakwa pernah membatalkan kontrak sebagai duta produk kesihatan dan kecantikan sebuah syarikat.

Syarikat itu dikatakan mengalami kerugian sehingga berpuluh ribu ringgit. Punca Emma membatalkan kontrak tersebut tidak pula diketahui namun sedikit sebanyak mencalar namanya sebagai artis bersih dari kontroversi.

Terbaru, nama Emma kembali menghangatkan gosip dunia hiburan tempatan. Kali ini, beliau dikaitkan dengan sebuah syarikat produksi yang telah menawarkannya watak utama bagi sebuah drama bersiri yang ketika ini sedang hangat ditayangkan di TV3.

Zizan Razak dan Emma Maembong bercinta sejak 2 tahun lalu?
Emma Maembong akui cintakan Zizan Razak
Zizan Razak dan Emma Maembong kahwin 2014
Zizan Razak dan Emma Maembong kantoi bercumbuan?

Dalam laporan majalah BiPop hari ini, wanita berusia 22 tahun itu didakwa menipu pengarah produksi berkenaan dengan alasan terlibat dalam persembahan pada malam Anugerah Juara Lagu 28 minggu lalu padahal tidak sebenarnya dan hanya ingin bersama Zizan Razak untuk memeriahkan suasana majlis.

Ekoran itu, Emma yang sepatutnya terlibat dalam babak penggambaran pada malam tersebut terpaksa dilepaskan pengarah. Selepas diketahui produksi berkenaan telah ditipu, syarikat tersebut melahirkan perasaan kecewa mereka di media.

Rasanya, kalau Emma nak terus bertahan dalam dunia hiburan, disiplin perlu dijaga dan jangan cuba menipu mana-mana syarikat yang memberikan rezeki. Takut pula produksi-produksi lain tawar hati nak bagi job.


0 Response to "Emma Maembong tipu penerbit untuk bersama Zizan Razak di AJL 28"

Catat Ulasan

dzulCYBER