Emma Maembong mengamuk dituduh kacau kerja Zizan Razak


Emma Maembong mengamuk dituduh kacau kerja Zizan Razak - Baru-baru ini, sebuah blog hiburan mendakwa prestasi seorang pelakon popular dikatakan merundum kerana kekerapan teman wanitanya datang menjenguk ke lokasi penggambaran.

Meskipun, blog itu tidak menyebut nama pasangan terbabit, namun umum mengetahui dakwaan itu memang ditujukan kepada Zizan Razak dan Emma Maembong. Mengulas lanjut berhubung gosip tersebut, Emma yang dihubungi GUA menafikan kerap menjenguk Zizan di lokasi penggambaran.

"Saya rasa tak tahu nak cakap apa mengenai gosip ini sebenarnya. Kalau nak ikutkan, ramai juga artis lain yang datang ke set penggambaran, bukan saya seorang. Saya tak faham kenapa boleh timbul cerita sebegini yang mengatakan orang yang dimaksudkan adalah saya dan Zizan."

"Saya mengaku ada datang lokasi Zizan, kira-kira dua atau tiga kali. Tapi perkara itu tidak kerap. Kalau saya datang, tidaklah sampai mengganggu kerja atau perjalanan penggambaran."

"Saya datang pun waktu rehat makan dan sebagainya. Saya pun pelakon, ada kerja saya sendiri. Banyak lagi perkara yang harus saya selesaikan. Isu macam ini tidak patut keluar. Saya rasa sudah-sudahlah."

Pada admin, tuduhan sedemikian seolah-olah satu cubaan untuk menjatuhkan populariti Emma Maembong yang kini sedang meningkat naik.

0 Response to "Emma Maembong mengamuk dituduh kacau kerja Zizan Razak"

Catat Ulasan

dzulCYBER