Eddie CRK kecil hati dituduh pakai duit Raja Azmi


Eddie CRK kecil hati dituduh pakai duit Raja Azmi - Rasanya admin tidak perlu perkenalkan siapa Eddie CRK, suami Raja Azmi yang suatu ketika dulu pernah popular sebagai pemain bass kumpulan rock CRK 90-an.

Nama beliau tiba-tiba menjadi sebutan orang ramai hujung tahun lalu apabila dia digosipkan bercinta dengan Raja Azmi sebelum mereka akhirnya bernikah menjadi pasangan suami isteri yang sah pada 13 Okotber 2013.

Gambar Eddie CRK, kekasih baru Raja Azmi
Biodata Eddie CRK, bakal tunangan Raja Azmi
Gambar sekitar pertunangan Raja Azmi dan Eddie CRK
Gambar perkahwinan Raja Azmi dan Eddie CRK

Baru-baru ini, Raja Azmi didakwa peminat terpaksa perbelanjaan suami sejak berkahwin. Meskipun tuduhan itu tidak diendahkan Raja Azmi namun telah membuatkan suaminya, Eddie CRK tersinggung dan berkecil hati.

“Saya memang tak kisah, tapi kasihan suami sebab dia terguris dengan cerita yang timbul. Kalau tanya Kak Mi memang Kak Mi tak marah, kecil hati atau peduli pun. Biasalah kehidupan sebagai selebriti memang ada saja orang nak tahu atau jentik."

“Kak Mi sendiri memang terbuka untuk berkongsi cerita kepada umum, tapi yang kasihannya Abang Eddie. Dia kecil hati apabila orang cakap macam itu, tapi Kak Mi pujuk dia."

“Benda macam ini biasa berlaku sebab Kak Mi sendiri memang kontroversi, lantaklah orang nak kata apa. Jadi, perlahan-lahan Abang Eddie faham dan terima.”

Sebagai artis yang jarang terpalit dalam kontroversi sebelum ini, admin faham dengan perasaan Eddie CRK yang tiba-tiba dituduh tanpa bersebab. Beliau mungkin terkejut dan tidak menyangka akan difitnah sedemkian rupa.


0 Response to "Eddie CRK kecil hati dituduh pakai duit Raja Azmi"

Catat Ulasan

dzulCYBER