Deen Hot FM dikecam peminat gelar pasukan JDT kaki gaduh


Deen Hot FM dikecam peminat gelar pasukan JDT kaki gaduh - Hanya seminggu lalu, kes pergaduhan penyokong pasukan T-Team dan JDT menjadi topik bualan hangat peminat. Semuanya berpunca daripada tindakan T-Team meninggalkan Sadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos ketika perlawanan baru memasuki minit ke-64.

Alasan pasukan T-Team berbuat demikian ialah mereka tidak berpuas hati dengan tindakan krew pasukan JDT yang dikatakan cuba mengancam keselamatan beberapa pemain mereka ketika rehat separuh masa di bilik persalinan.

Kemuncak daripada itu, FAM telah memberikan kemenangan percuma kepada JDT, 3-0 dan melayakkan mereka mara ke peringkat suku akhir menentang pasukan Kedah.

Walaupun kemenangan percuma itu satu berita gembira buat penyokong JDT namun segelintir daripada mereka kembali mengamuk selepas salah seorang pengacara radio Hot FM, Deen memuatnaik status di Twitter yang melabel pasukan JDT sebagai kaki gaduh.


Selain Deen, radio yang tempat beliau bernaung iaitu Hot FM turut menerima tempias apabila dimarah teruk oleh peminat dan penyokong pasukan JDT. Mereka menyifatkan stesen radio itu tidak menjaga sensitiviti masyarakat.

Keadaan ini dilihat semakin panas apabila ada penyokong JDT meminta campur tangan Presiden pasukan JDT, Tengku Muda Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap Deen dan stesen radio Hot FM.


Menyedari statusnya tidak disenangi kebanyakkan penyokong tegar JDT, Deen segera memadam tweet tersebut kurang sejam selepas mula menjadi viral. Beliau turut menyatakan permohonan maaf secara terbuka. Kata Deen, status yang dimuatnaiknya di Twitter hanya pandangan peribadi sahaja.


0 Response to "Deen Hot FM dikecam peminat gelar pasukan JDT kaki gaduh"

Catat Ulasan

dzulCYBER