Datuk K nafi pernah kahwini Misha Omar jadi isteri ketiga


Datuk K nafi pernah kahwini Misha Omar jadi isteri ketiga - Sebelum ini gosip penyanyi Misha Omar pernah berkahwin dan menjadi isteri ketiga kepada seorang usahawan terkemuka dari Kelantan dikenali Datuk K telah tersebar dan menjadi bualan hangat peminat di laman sosial.

Susulan itu, Datuk K yang dihubungi menerusi Whatsapp oleh seorang wartawan tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa khabar angin penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta itu pernah menjadi isterinya adalah tidak benar.

“Saya tak pernah kahwin dengan Misha Omar.”

Diharap dengan penjelasan beliau, orang ramai tidak lagi mengaitkan nama Datuk K dengan Misha Omar, 32, memandangkan penyanyi tersebut bakal mengakhiri zaman bujangnya pada bulan Mei ini.

0 Response to "Datuk K nafi pernah kahwini Misha Omar jadi isteri ketiga"

Catat Ulasan

dzulCYBER