Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Qi Razali : Padam gambar boleh, asalkan jangan padam saya dari hati Nelydia

Qi Razali bagi respon isu Nelydia padam gambarnya - Sepanjang hari ini, kisah cinta Qi Razali dan Nelydia Senrose sedikit hangat diperkatakan selepas sebahagian peminat Nelydia di Instagram mempersoalkan mengapa gambar Qi dipadam.
Qi Razali yang diminta mengulas mengenai kontroversi itu menunjukkan reaksi tenang dan tidak cepat melatah. Katanya, Nelydia mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa memadam kesemua gambarnya di Instagram.
"Saya tak tahu kenapa gambar-gambar saya dipadamkan daripada akaun Instagram dia. Saya rasa pastinya ada sebab-sebab yang tersendiri. Mungkin dia mahu menjaga perasaan saya."
"Saya tak kisah mengenai gambar tersebut. Bagi saya, padamkan gambar tak mengapa, asalkan jangan padam saya dari hatinya."
Tambah Qi, hubungan cintanya dengan Nelydia masih berjalan seperti biasa dan tiada masalah. Jadi, kontroversi Nelydia memadam gambar-gambarnya di Instagram tidak perlu diperbesarkan lagi.

"Status saya dengan dia masih macam biasa, tiada apa ya…

Kongsi gambar anak umrah, peminat rayu Erra dan Engku Emran bersama semula

Peminat rayu Erra dan Engku Emran bersama semula - Nampaknya, kisah peribadi bekas Ratu Cantik Malaysia edisi 1992, Erra Fazira terus mendapat perhatian dari peminat-peminatnya di laman sosial. Apa tidaknya, Erra Fazira merupakan antara pelakon dn penyanyi yang tersohor di Malaysia.

Terbaru, bekas suami Erra, Engku Emran telah memuatnaik sekeping gambar anak mereka, Engku Aleesya bersama Erra ketika mereka menunaikan Umrah pada tahun 2010. Perkongsian itu mendapat respon positif dari peminat sehingga ada yang mengharap pasangan itu kembali bersama demi anak mereka.



Di sebalik gambar yang dikongsikan Emran, ianya disertakan dengan caption yang amat menyentuh hati. Ini kerana Engku menggelar Erra sebagai syurga kepada anak mereka.


Adakah rayuan beberapa peminat pasangan ini bakal menjadi kenyataan nanti? Jom baca lebih lanjut tentang mereka di portal ohbulan.

Respon Qi Razali kontroversi Nelydia Senrose padam gambarnya di Instagram

Respon Qi Razali kontroversi Nelydia Senrose padam - Beberapa hari lepas, ramai peminat Nelydia Senrose kecoh dengan ketiadaan sekeping pun gambar kekasihnya, Qi Razali, di akaun Instagram aktres jelita itu.

Perkara tersebut menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat sehingga timbul komen-komen negatif yang menyalahkan Sharnaaz Ahmad sebagai punca Nelydia sanggup memadam kesemua gambar Qi Razali.

Di Instagram Qi pula, segelintir peminat tidak terlepas untuk mengajukan pertanyaan itu dan meminta Qi memberikan penjelasan berhubung tindakan buah hatinya.

Mari baca apa jawapan pengacara rancangan Destinasi Bajet Asia itu. Diharap dengan penjelasan ini, kesemua peminat Qi dan Nelydia berpuas hati dan tidak lagi berfikir perkara yang tidak masuk akal dan bukan-bukan.


Punca pengacara Awal Ashaari tinggalkan Melodi?

Punca pengacara Awal Ashaari tinggalkan Melodi - Pelakon dan pengacara Awal Ashaari dikatakan bakal meninggalkan Melodi selepas pihak produksi mendapat pengganti baru di mana hos tersebut merupakan seorang pelakon wanita yang dikenali.

Penukaran hos ini dibuat kerana kononnya berpunca daripada kegagalan Awal mengacara program tersebut dengan baik dan mempunyai masalah disiplin kerja.

Bagaimanapun Awal menerusi mstar menafikan gosip yang tersebar dan menyifatkan berita tersebut sekadar khabar angin kosong yang hanya dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab serta tidak berpuas hati dengan dirinya.

"Jika betullah khidmat saya tidak lagi diperlukan dalam Melodi sudah tentu pihak produksi memberitahu saya awal-awal."

"Saya juga mendapat tahu kononnya ada beberapa pelakon yang sudah menjalani uji bakat sebagai pengacara Melodi tetapi apabila ditanya kepada pihak produksi mereka menafikan tentang hal itu."

Sebagai bukti dia masih pengacara sah program Melodi, Awal m…

Respon Chef Zam isu maki hamun MAS di Instagram

Respon Chef Zam isu maki hamun MAS di Instagram - Semalam, sebuah blog hiburan melaporkan Chef Zam menggunakan menggunakan bahasa kesat dalam akaun Instagram miliknya ketika menegur kualiti makanan yang dihidangkan dalam pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan laporan itu hari ini kerana kritikan pedas yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya bukan komen darinya tetapi komen salah seorang penumpang MAS yang dimuatnaik semula (repost) oleh beliau.

Sebagai chef yang mendengar keluhan itu, dia mendakwa hanya mengulas semula komen berkenaan dan menyuarakan pendapatnya dalam bahasa Inggeris secara berhemah dan sopan, tidak seperti yang dilaporkan blog terbabit.

“Saya sudah 43 tahun, bukan (remaja) 14 atau 15 tahun nak maki-maki begitu.”

“Cubalah fikir secara logik, takkanlah saya nak kritik dengan bahasa kesat, caci maki begitu untuk kritik sesuatu perkara."

“Blog itu tidak teliti betul-betul apa yang saya kongsi di Instagram. Kemudian suka-su…

Gambar Sharnaaz vs Fauzi Nawawi wrestling

Gambar Sharnaaz vs Fauzi Nawawi wrestling - Sekeping gambar Sharnaaz vs Fauzi Nawawi dalam bentuk wrestling format kini semakin tersebar di laman sosial susulan kepada perbalahan antara dua pelakon itu yang semakin rungsing.

Hari ini sahaja, Sharnaaz menempelak Fauzi dengan memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan keputusan MRI hasil pemeriksaan otaknya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kata aktor itu, otaknya sihat-sihat sahaja dan tiada masalah mental.

Bila agaknya pertelagahan Sharnaaz dan Fauzi Nawawi akan selesai? Tak bestlah sesama artis bergaduh berpanjangan sehingga melibatkan mahkamah. Banyak lagi kes penting yang perlu diselesaikan jika dibandingkan dengan kes mereka berdua.


Gambar Nad Zainal cedera parah di kepala dan muka

Gambar Nad Zainal cedera parah di kepala dan muka - Pelakon comel Nad Zainal dikhabarkan kini terlantar di hospital akibat kecederaan serius di bahagian kepala dan muka. Melalui gambar-gambar yang dikongsikan portal ohbulan, keadaan Nad Zainal kelihatan begitu pucat dan tidak bermaya.

Apapun, buat semua peminat Nad Zainal, anda tidak perlu risau dengan keadaan Nad ketika ini kerana dia sebenarnya sihat-sihat sahaja. Kesemua gambar yang anda lihat hanyalah salah satu babak lakonan mereka bagi sebuah cerekarama yang berjudul Penantian. Macam best je cerita ini.

Cerekarama ini bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Ia turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat lain seperti Dazrin Kamarudin dan Aida Aris. Jom layan lagi beberapa keping gambar Nad Zainal yang cedera di kepala dan muka.






Punca anak bekas pemangku Sultan Terengganu maut kemalangan

Punca anak bekas pemangku Sultan Terengganu maut kemalangan - Anak kepada bekas pemangku Sultan Terengganu, Datuk Syed Omar Abdul Kadir al-Idrus maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakannya terbabit dalam kemalangan ngeri di Kilometer 240 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), menghala ke Jabor, Terengganu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengahari tadi itu, mangsa, Syed Mohd. Hafizuddin Syed Omar, 41, maut selepas tercampak beberapa meter, manakala rakannya yang memandu kereta berkenaan, Kamal Rahaidi Abd. Halim, 41, cedera.

Mengikut siasatan awal pihak polis, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada keadaan jalan yang licin akibat hujan sehingga menyebabkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Audi yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh kawasan berbukit berhampiran susur keluar Kuantan. - Harian Metro

Gambar Sharnaaz buat pemeriksaan otak, bukti tiada masalah mental seperti didakwa Fauzi Nawawi

Gambar Sharnaaz buat pemeriksaan otak - Sebelum ini, Fauzi Nawawi pernah menyarankan Sharnaaz untuk melakukan pemeriksaan otak kerana didakwanya mempunyai masalah mental. Tercabar dengan tuduhan itu, Sharnaaz segera pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan MRI.

Hasil keputusan pemeriksaan otak yang diperolehi aktor itu telah dikongsikan di akaun Instagram dengan caption sindiran berbunyi "Saya dah buat MRI MRA… Scan otak pun dah… Di kawal rapi oleh Dr @sherrini dari PPUM… Saya lulus, otak saya sihat dan jugak hensem otak saya hehe.. Anda bagaimana??? Sudah check? #halussssss".

Kata Sharnaaz, doktor telah mengesahkan otaknya sihat dan tidak mempunyai masalah yang berkaitan dengan mental. Ini menunjukkan dakwaan Fauzi memang tidak betul dan mungkin terpengaruh dengan cerita isterinya, Lisdawat.

Malah, bekas kekasih Shila Amzah itu turut mencabar Fauzi supaya mereka juga melakukan pemeriksaan otak seperti yang dilakukannya. Ini jelas memberi isyarat k…

Kisah sebenar mayat dibalut kain kafan ditinggal di tepi jalan

Kisah sebenar mayat dibalut kain kafan ditinggal di tepi jalan - Penemuan satu mayat lelaki dalam keadaan berbungkus dengan kain cadar di tepi Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak semalam menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Superintendan Azman Abd. Lah, mayat yang dipercayai warga asing itu ditemui oleh seorang lelaki yang melalui kawasan itu sekitar jam 8.45 pagi.

"Ketika ditemui, mayat itu dibungkus dengan sehelai cadar bercorak bunga warna ungu cair. Bahagian kepala dan kaki mayat itu diikat seolah-olah sudah dikafankan."

Tambah Azman, berdasarkan kepada mayat yang masih sempurna dengan hanya mulut berbuih, mangsa mungkin baru meninggal dunia semasa ditemui pagi tadi.

"Polis tidak menolak kemungkinan, lelaki itu mati di tempat lain tetapi mayatnya diletakkan di situ. Polis juga tidak menemui sebarang dokumen bersama mayat tersebut."

Azman turut memberitahu, pemeriksaan polis pada mayat yang t…

Gambar Aliff Aziz dan Shazleen berpeluk sakan, nafi sedang bercinta

Gambar Aliff Aziz dan Shazleen berpeluk sakan - Sebelum ini, beberapa keping gambar mesra penyanyi Aliff Aziz dan seorang wanita dikenali Shazleen telah tersebar di internet sehingga mengundang kemarahan ibu wanita berkenaan.

Penyebaran itu turut tidak disenangi penyanyi tersebut kerana wanita yang bergambar bersamanya baru sahaja dikenali beliau kira-kira dua bulan itu. Untuk itu, Aliff Aziz menerusi portal Murai menafikan sudah menemui pengganti baru.

“Sebenarnya saya lebih lama mengenali ibu bapanya kerana sebelum ini ibunya pernah memanggil saya untuk mengadakan private show bagi sesebuah organisasi dan sudah banyak kali juga kami bekerjasama sebelum ini.”

“Saya baru berkenalan dengan anaknya yang bernama Shazleen itu sejak 2 bulan lalu, Pada saya hubungan kami lebih kepada kekeluargaan. Saya hormat dia dengan keluarga.”

“Saya tidak tahu bagaimana foto itu tersebar tetapi apa yang pasti bukan kami berdua sahaja yang ada ketika itu. Ramai yang sambut hari jadi saya ketika itu, malah f…

Punca pembantu rumah kelar leher dua adik beradik hingga mati

Punca pembantu rumah kelar leher dua adik beradik hingga mati - Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipercayai membunuh dua kanak-kanak lelaki di kediaman keluarga mereka di Taman Sri Putra, Sungai Buloh.

Pembantu rumah tersebut kemudian bertindak nekad membunuh diri setelah membunuh kanak-kanak berkenaan iaitu Melvin Selvan Joseph, setahun enam bulan dan abang tirinya, Koay Jia Hong, 5.
Siasatan polis mendapati pembantu rumah berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan mula bekerja dua tahun lalu menggantikan rakannya iaitu bekas pembantu rumah keluarga terbabit.
Difahamkan, wanita berkenaan dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan hidupnya yang tidak bebas dan sentiasa berkurung di dalam rumah itu berikutan tiada pengenalan diri selain merindui dua anaknya di kampung. 
Dua kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan dan lima tahun dikelar dengan pisau berasingan hingga mati oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rum…

Gambar Taska bertindak kejam bungkus kaki dan tangan bayi ketika tidur

Gambar Taska bertindak kejam bungkus kaki dan tangan bayi - Melalui laman sosial pelakon terkenal Natasha Hudson, satu artikal mengenai tindakan sebuah Taska di Taman Mukmin Bestari Taman Nirwana Ampang melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka telah dikongsikan.

Menurut Natasha, salah seorang rakannya pernah menghantar anak ke taska itu namun berakhir dengan lebam di kepala anaknya.

Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada tindakan taska berkenaan membungkus kaki dan tangan kanak-kanak ketika tidur, manakala bantal dijadikan penyendal untuk susu botol yang disuap ke mulut.

Susulan kejadian itu, dia meminta agar Natasha menghebahkan perkara tersebut kepada orang ramai agar berfikir semasak-masaknya sebelum menghantar bayi mereka ke sana.


Selain Natasha, artikal ini turut telah dikongsikan oleh pelakon Nora Danish melalui akaun instagramnya. Sebaiknya, ada kalangan ibubapa yang segera tampil membuat laporan polis berhubung perkara ini agar siasatan lanjut bol…

Fauzi Nawawi dakwa watak Jebat punca Sharnaaz mengganas

Fauzi Nawawi dakwa watak Jebat punca Sharnaaz mengganas - Nampaknya, pertelagahan antara Fauzi Nawawi dan Sharnaaz Ahmad semakin rumit selepas terbaru suami Lisdawati itu memberitahu tidak akan meminta maaf kepada Sharnaaz.

Menurut Fauzi ketika dihubungi mstar hari ini, beliau merasakan pemintaan bekas kekasih Shila Amzah itu mengarut dan tidak masuk akal. Jadi, jika Sharnaaz mahu membawa kes berkenaan ke muka pengadilan, dia sudah bersedia dan tiada masalah.

“Buat apa saya nak minta maaf? Dalam SMS, perkataan ‘ibu’ saya gunakan, apa perasaan dia jika saya menengking ibunya? Itu sahaja." 

“Kenapa dia nak putar belitkan SMS saya yang sudah jelas ingin bertanya pada dia sebab-sebab dia menengking Lisda?” soalnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada tengah hari Rabu."

Sementara itu, Fauzi mendakwa kelakuan Sharnaaz yang semakin garang berpunca daripada penghayatan wataknya dalam drama bersiri Bukan Aku Tak Cinta sebagai Jebat sehingga karakter itu meresap ke dalam dirinya.…

Pelakon Dynas Mokhtar sah bercerai pada 25 Februari 2014?

Pelakon Dynas Mokhtar sah bercerai pada 25 Februari 2014 - Dengar khabarnya, pelakon terkenal Dynas Mokhtar, 31, telah bercerai secara sah dengan suaminya, Mohd Hafizi Mohd Hafiz sekitar jam 3.00 petang pada 25 Februari 2014 iaitu semalam.

Khabar angin ini dikongsikan oleh portal rotikaya sebentar tadi namun kesahihannya masih belum dapat dipastikan setakat ini memandangkan sumber portal rotikaya tidak menemui sebarang rekod tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam yang melibatkan Dynas Mokhtar atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinaz.

Dari sumber lain yang dikongsikan blog mymedialab pula, dia mendakwa terbaca artikel salah seorang penggiat forum yang dikenali sebagai Skymania. Dalam artikel tersebut, Skymania memberitahu mendapat maklumat berkenaan penceraian Dynas sama seperti maklumat yang didedahkan sumber portal rotikaya.



Untuk pengetahuan, Dynas Mokhtar dan Mohd Hafizi bernikah pada 15 Mac 2008 dan hasil perkongsian sepanjang usia perkahwinan, mereka dikurniakan d…

Punca sebenar Sharnaaz Ahmad serang Lisdawati dan ugut Fauzi Nawawi

Punca sebenar Sharnaaz Ahmad serang Lisdawati - Pelakon Sharnaaz Ahmad memberi amaran keras kepada pasangan suami isteri, Lisdawati dan Fauzi Nawawi untuk meminta maaf secara terbuka atau bakal berdepan tindakan saman tahap maksimum.

Amaran keras Sharnaaz Ahmad itu dinyatakan beliau menerusi Harian Metro hari ini sebagai respon kepada tuduhan yang dilemparkan pasangan itu berhubung isu menyerang, menengking dan mengugut dalam SMS.

“Saya bagi masa seminggu kepada Poji (Fauzi) dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku.”

Menurut Sharnaaz, sesiapa pun akan marah dan meradang jika dipanggil anjing kurap lebih-lebih lagi jika turut melibatkan ibubapa.

“Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan dengan baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya.”

“Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalu…

Linda Hashim & Beego teruja kongsi gambar babby bump di Instagram

Linda Hashim & Beego teruja kongsi gambar babby bump - Nampaknya, pasangan Linda Hashim & Beego tidak perlu menunggu lama untuk mendapat rezeki apabila Linda kini sudah hamil 32 minggu dan hanya menunggu masa untuk bersalin.

Cepat sungguh masa berlalu. Admin masih ingat bagaimana majlis perkahwinan pasangan ini begitu gah dan meriah sambutannya. Kebahagian Linda dan Beego semakin terserlah dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka.

Tahniah. Jom layan beberapa keping gambar baby bump Linda Hashim yang semakin membesar. Beliau menggunakan khidmat jurugambar professional untuk merakamkan gambar saat indah bersama suami tercinta dan baby bump.






Gambar bakal suami baru pelakon Ana Dahlia kini didedahkan

Gambar bakal suami baru pelakon Ana Dahlia kini didedahkan - Khabarnya, Ana Dahlia, 30, bakal berkahwin kali ketiga selepas pelakon itu telah berkongsi sekeping gambar melalui akaun Instagramnya menunjukkan dia dan teman lelaki hadir ke butik pereka fesyen pengantin, Ezuwan Ismail baru baru ini.

Melalui gambar tersebut, pereka fesyen itu menulis yang mereka sudah selesai berbincang dan berterima kasih kepada Ana Dahlia dan pasangannya kerana memilih beliau.

Jika cerita ini benar, tahniah admin ucapkan kepada Ana Dahlia. Dia bakal berkahwin dengan jejaka berusia 23 tahun yang dikenali Muhammad.


Gambar Lana Nordin bermake-up paling meletop di Anugerah DFKL 2014

Gambar Lana Nordin bermake-up paling meletop - Penampilan pelakon seksi, Lana Nordin di Anugerah Drama Festivel Kuala Lumpur 2014 minggu lalu mendapat pujian peminat kerana teknik make-up beliau yang halus dan cantik.

Semestinya kredit kepada @michelleisa84 yang dinyatakan sendiri oleh Lana di akaun Instagram miliknya sebagai tukang make-up utama. Begitu terserlah sekali kecantikan pelakon drama bersiri Jodoh itu Milik Kita itu di mata admin.

Mari layan lagi beberapa keping gambar Lana Nordin yang pasti membuat ramai jejaka terpukau dan terpesona. Berita kurang baiknya, beliau kini sudah didakwa berpunya. Jadi, peluang untuk memikatnya mungkin sedikit tertutup.




Isteri kekasih Hanez Suraya nafi sudah bercerai dengan suami

Isteri kekasih Hanez Suraya nafi sudah bercerai dengan suami - Semalam pelakon Hanez Suraya memberikan kenyataan melalui Harian Metro dengan mengatakan kekasih hatinya berstatus duda anak dua dan bukan lagi suami orang.

Bagaimanapun, portal rotikaya baru sahaja menerima beberapa e-mail dari rakan isteri jejaka terbabit yang menafikan dakwaan Hanez semalam dan memberitahu bekas kekasih Awi Rafael itu telah mengeluarkan kenyataan berbaur penipuan.

Untuk lebih lanjut berkenaan isi kandungan beberapa e-mail yang diterima oleh portal rotikaya, anda boleh baca di bawah.

"Sumber kami memberitahu yang jejaka bernama R itu masih bergelar suami kepada isterinya namun mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak hari raya Aidilfitri yang lalu selepas satu perselisihan faham antara mereka.

Sumber turut menyatakan yang isterinya itu kini sedang makan hati dengan Hanez Suraya selepas kenyataan yang dikeluarkan selain mendakwa R kini lebih berpihak kepada pelakon itu walaupun mereka masih suami ist…

Lakonan hebat Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira di Konsert Teaterikal Suara Kita

Lakonan hebat Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira dalam Suara Kita- Pementasan teater muzikal KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 3 hingga 9 Mac 2014.

KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA menampilkan gandingan 3 bintang yang tidak pernah hilang sinarnya iaitu Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira. Teater muzikal ini akan menjadi pengubat kerinduan para peminat kepada lakonan ketiga-tiga bintang ini.

Sedikit paparan gambar aksi romantik Erra dan Awie di Konsert Teaterikal Suara Kita telah dikongsikan di laman Facebook Utusan. Memang amat menarik untuk menonton teater paling happening ini bagi tahun 2014.