Zizan Razak nafi cium mulut Emma Maembong


Zizan Razak nafi cium mulut Emma Maembong di Eropah - Selepas cuba mengelak daripada memberikan ulasan berhubung kontroversi bercumbuan yang tersebar semalam, pelakon dan pelawak Zizan Razak akhirnya membuka mulut menafikan kebenaran gosip tersebut.

Beliau yang dihubungi mStar hari ini memberitahu gosip yang ditimbulkan itu tidak masuk akal kerana pemergian mereka ke Amerika Syarikat turut disertai oleh pengurus dan beberapa krew penggambaran.

"Pemergian ke Amerika Syarikat bukan kami berdua sahaja tetapi pengurus dan beberapa krew turut ikut. Takkan saya hendak buat perkara macam itu di hadapan mereka semua."

"Isu yang ditimbulkan sebenarnya tiada apa-apa pun dan saya tidak terkejut pun kerana itu adalah lumrah dunia artis."


Sementara itu, Zizan memberitahu tidak berkecil hati dengan laporan sebuah ruangan gosip akhbar mingguan pada Ahad lalu kerana menganggap pihak media hanya menjalankan tugas mereka.

Dia juga tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak sehingga timbulnya gosip tidak berasas itu memandangkan kontroversi berkenaan hanya spekulasi.

"Gosip itu tidak akan timbul sekiranya tiada pihak yang cerita kepada pihak media dan wartawan hanya menjalankan tugas mereka."

"Saya juga tidak berani hendak tunding jari kepada mana-mana pihak kerana nama pun gosip dan pada saya ia kedengaran kelakar."


0 Response to "Zizan Razak nafi cium mulut Emma Maembong"

Catat Ulasan

dzulCYBER