Video seks tersebar, Mufti Besar Kyrgyzstan letak jawatan


Video seksi tersebar, Mufti Besar Kyrgyzstan letak jawatan - Penyebaran sebuah klip video rakaman yang memaparkan aksi seksi Mufti Besar Kyrgyzstan bersama isterinya menjadi punca Pegawai Tertinggi Islam itu meletak jawatan semalam.

Ini ekoran desakan kira-kira 60 orang yang berkumpul di luar pejabat Mufti Besar Kyrgyzstan, Rakhmatullah Hajji Egemberdiyev bagi mendapatkan penjelasan sebenar berhubung kesahihan rakaman video seks yang tersebar serta meminta beliau meletak jawatan.

Sementara itu, menurut sumber, Egemberdiyev turut disiasat kerana disyaki cuba mengelak cukai dan mengambil rasuah ketika menguruskan sistem kuota haji.

Untuk pengetahuan, Egemberdiyev menjadi mufti Kyrgyztan pada 2012 dan tokoh keenam disingkirkan dari jawatan berkenaan dalam tempoh empat tahun. Jawatan itu diisi melalui pilihan raya. Jawatan itu kini dipangku timbalan Egemberdiyev, Maksat Toktomushev.

0 Response to "Video seks tersebar, Mufti Besar Kyrgyzstan letak jawatan"

Catat Ulasan

dzulCYBER