Syazwan Zulkifli punca Keith Foo putus cinta Tyas Mirasih?


Syazwan Zulkifli punca Keith Foo putus cinta Tyas Mirasih - Benarkah dakwaan kononnya pelakon Syazwan Zulkifli adalah punca hubungan cinta Keith Foo dengan Tyas Mirasih putus di tengah jalan tahun lalu?

Gosip itu mula timbul selepas Syazwan digandingkan dengan Tyas Mirasih dalam filem Laga dua tahun lalu. Syazwan yang di temui pada malam Gala Laga di e@curve, turut menyatakan perasaan kecewa apabila dianggap penyebab perpisahan bintang Indonesia itu dan aktor drama bersiri, Arianna Rose, Keith Foo.

“Sampai bila orang nak bercakap benda yang tak betul, saya dengan Tyas tak ada apa-apa hubungan. Saya tak bercinta dengan dia. Kami Cuma kawan sekerja dan mula rapat sebab kami shooting bersama, kalau kata rapat kerana bercinta itu tidak benar."

“Lagipun dia pula jenis yang selamba, gila-gila jadi mungkin faktor itu yang menyebabkan kami 'sekepala'. Hubungan kami memang seperti kawan, saya tak ada niat untuk jalinkan hubungan istimewa dengan dia."

“Saya juga tak terlibat dengan perpisahan mereka. Lagipun, kenapa Tyas nak pilih saya sedangkan Keith itu kacak. Saya harap orang tak kaitkan saya lagi dengan perkara ini.”



0 Response to "Syazwan Zulkifli punca Keith Foo putus cinta Tyas Mirasih?"

Catat Ulasan

dzulCYBER