Shah Jaszle ketepi kes khalwat, kahwin hujung tahun ini


Shah Jaszle ketepi kes khalwat, kahwin hujung tahun ini - Nampaknya, kes khalwat yang sedang menghambat pelakon Shah Jaszle sejak tahun lalu tidak langsung mengugat hasratnya untuk berkahwin hujung tahun ini.

Ketika dihubungo oleh Media Hiburan berhubung punca kegagalan permohonannya untuk menggugurkan kes khalwat bersama seorang bekas kakitangan bank, Shahz Jaszle sempat memberitahu hubungannya dengan Redzwani sudah pulih sepenuhnya sejak Aidilfitri lalu.

“InsyaAllah, jika tiada sebarang halangan doakan kami untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.”

Untuk pengetahuan, Shahz Jaszle, 26, telah mengikat tali pertunangan dengan Redzwani pada penghujung tahun 2012 dan hubungan mereka berdua pernah goyah seketika disebabkan kes khalwat Shahz Jaszle pada Mei tahun lalu.


0 Response to "Shah Jaszle ketepi kes khalwat, kahwin hujung tahun ini"

Catat Ulasan

dzulCYBER