Rozita Che Wan mengamuk Instagram digodam lelaki Myanmar


Rozita Che Wan mengamuk Instagram digodam lelaki Myanmar - Khabarnya, akaun Instagram milik Rozita Che Wan telah digodam seorang lelaki Myanmar beberapa minggu lalu.

Perkara itu hanya diketahui Rozita selepas dihubungi oleh seorang pereka fesyen meminta bayaran sebanyak RM19,000 untuk 70 pasang baju pengantin.

Sekitar 7.30 petang tadi, isteri Zain Saidin itu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya. Rozita mendakwa mengenali identiti lelaki yang menggodam akaun Instagramnya.

“Saya buat laporan polis bagi membersihkan nama saya dan bagi menghalang lelaki itu daripada terus menipu orang lain pula.”

Rozita yang mesra dengan panggilan Che Ta berkata, pereka fesyen itu memberitahu menerima tempahan baju pengantin daripadanya untuk majlis persandingannya di Kedah.

“Padahal saya tak buat pun majlis bersanding di Kedah. Saya percaya lelaki penipu itu menggodam akaun Instagram saya dan menyamar sebagai saya untuk membuat tempahan dengan pereka fesyen terbabit."


0 Response to "Rozita Che Wan mengamuk Instagram digodam lelaki Myanmar"

Catat Ulasan

dzulCYBER