Respon pelawak SYJ kontroversi lawak lucah di MLM 2013


Respon pelawak SYJ kontroversi lawak lucah di MLM 2013 - Dianggap antara kumpulan yang terus menunjukkan peningkatan dari minggu ke minggu dalam Maharaja Lawak Mega 2013, begitupun SYJ tidak terlepas dari kritikan dan tomahan orang ramai.

Bercakap kepada media hari ini, Yassin selaku pelawak senior tidak menafikan gaya persembahan lawak SYJ dikategorikan sebagai lawak berbaur lucah. Meskipun begitu, ianya masih dalam keadaaan terkawal dan tidak keterlaluan.

"Saya tidak nafikan Shuk memang cenderung buat lawak yang macam itu walaupun ia kadangkala terkeluar secara spontan. Bagi saya, gaya lawak itulah yang mudah untuk membuatkan orang ketawa pada persembahan kami."

"Cuma terpulanglah kepada para penonton untuk menilai atau mentafsirkan lawak Shuk itu. Bagaimanapun saya sudah nasihatkan dia (Shuk) supaya jangan keterlaluan supaya para penonton tidak salah faham."

Dalam pada itu, rakan seperjuangan Yassin, Shuk atau nama sebenarnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar, menepis dakwaan kononnya lawak mereka mengandungi unsur lucah dan makna negatif. Katanya, mereka bukan menyebut perkataan lucah itu secara terang-terangan.

"Terpulanglah kepada para penonton untuk mentafsirkan apa isi dalam lawak saya. Apa yang penting saya tidak menyebut perkataan yang lucah ataupun secara terang-terangan bercakap ayat atau perkataan yang kotor."


0 Response to "Respon pelawak SYJ kontroversi lawak lucah di MLM 2013"

Catat Ulasan

dzulCYBER