Respon Emma Maembong isu bercumbu dengan Zizan Razak di kapal terbang


Respon Emma Maembong isu bercumbu dengan Zizan Razak - Pelawak Zizan Razak sudah memberikan ulasan berhubung kontroversi bercumbuan dalam kapal terbang yang tersebar dua hari lalu. Kini giliran Emma Maembong pula bercakap tentang isu tersebut agar orang ramai tidak terus tertipu.

Menurut Emma, gosip berkenaan benar-benar mengaibkan namanya dan keluarga. Terkilan, kecewa dan tertekan, Emma menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit.

"Bercumbu? Melampau dakwaan itu! Saya menafikan sama sekali tuduhan tidak berasas itu dan cubalah berfikir secara logik mana mungkin kami akan melakukan perkara itu, tambahan pula di hadapan orang ramai dalam pesawat."

"Selagi tiada sebarang ikatan Emma tidak akan sesekali melakukan perkara itu (bercumbu) walaupun ramai yang membuat spekulasi Emma dan Zizan bercinta, janganlah sampai membuat fitnah sebegini."

"Cerita ini secara tidak langsung memburukkan nama Zizan dan mengaibkan keluarga kami. Pasti ramai yang menganggap kami selalu buat perkara bukan-bukan seperti ini."

"Emma sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenai cerita ini, memang benar orang selalu cari salah kita."


Emma turut menjelaskan, sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih 12 jam dari Kuala Lumpur ke Los Angeles, Amerika Syarikat dua minggu lalu, ada masanya dia tertidur dan kepalanya terlentok ke bahu Zizan.

"Malah, kalau bergurau pun tidak pula sampai tahap bercumbu. Memang ada kami bergurau senda sepanjang penerbangan tetapi Zizan pun ada bergurau dengan Kaka (yang mengikuti trip bersama) tapi tidak pula keluar cerita."

"Mungkin kebetulan Emma duduk bersebelahan Zizan dan ada pula spekulasi kami bercinta sebelum ini, maka orang senang menjatuhkan hukuman."

Pelakon berusia 22 tahun itu menerangkan, dia duduk bersebelahan Zizan dan sebaris dengan penyanyi Kaka serta pengurus Wire Frame Entertainment, Marina Juki.

"Emma tidak marahkan penyampai cerita itu sebab semua tahu perkara yang sebenar, malah sampai sekarang Emma tidak pasti siapakah individu yang bertindak menyebarkan cerita itu. Mungkin juga ada peminat yang tersalah anggap."

"Agak sedih sebenarnya apabila cerita itu keluar tanpa bertanyakan dahulu kepada Emma atau Zizan. Kalau betul Emma salah, Emma minta maaf."

Ditanya tentang reaksi keluarga berhubung kontrovers itu, Emma memberitahu  sudah menjelaskan situasi sebenar kepada keluarganya dan mengharapkan agar tidak lagi timbul sebarang isu berbangkit.

"Keluarga ada bertanya akan hal itu dan Emma sudah jelaskan satu persatu, mereka memahami dan menyokong Emma."

"Begitu juga Zizan, apabila dimaklumkan mengenai perkara itu dia memang terkejut. Tiada apa yang boleh dibuat melainkan menceritakan perkara sebenar."



0 Response to "Respon Emma Maembong isu bercumbu dengan Zizan Razak di kapal terbang"

Catat Ulasan

dzulCYBER