Punca Siti Najwa Atikah mati di Tasik UNIMAS


Punca Siti Najwa Atikah mati di Tasik UNIMAS - Penempuan mayat Siti Najwa Atikah di dalam sungai berdekatan sebuah kolej kediaman UNIMAS pada petang Rabu menimbulkan persoalan orang ramai tentang punca kematiannya.

Jika semalam, pihak polis mengesahkan kematian Siti Najwa Atikah dipercayai ada kaitan dengan kes bunuh, lain pula kenyataan mereka hari ini yang mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.

Meskipun diklasifikasikan sebagai kematian mengejut namun pihak polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang punca kematian pelajar jurusan sains sosial itu sehingga mendapat keputusan penuh bedah siasat dari hospital.

Admin ucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga terus tabah dengan dugaan berat yang terpaksa dilalui mereka.


0 Response to "Punca Siti Najwa Atikah mati di Tasik UNIMAS"

Catat Ulasan

dzulCYBER