Punca sebenar Raja Azura rahsiakan status perceraian daripada anak-anak

Punca sebenar Raja Azura rahsiakan status perceraian - Selepas bercerai pada 28 September 2010, hubungan Raja Azura dan bekas suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, masih baik seperti biasa dan layanan yang diberikan kepada anak-anak masih lagi sama.

Meskipun begitu, penyampai radio Sinar FM itu memberitahu anak-anaknya tidak mengetahu status sebenar mereka. Raja Azura sehingga kini merahsiakan status perceraiannya dengan suami sejak tiga tahun lalu.

Ditanya punca sebenar merahsiakan status penceraian dengan suami, pelakon itu memberi alasan ketiga-tiga anaknya masih belum cukup matang mengetahui lebih lanjut kisah penceraiannya dengan Adzmin Tan Sri Osman.

"Bagi saya, mereka belum cukup matang untuk mengetahui tentang kegagalan hubungan saya bersama suami. Bila sudah sampai masa baru saya akan memberitahu mereka." 

"Tujuan saya berbuat demikian adalah supaya tiada masalah berlaku antara saya, bekas suami dan anak-anak saya, Megat Muhammad Raziq (12 tahun), Megat Luqman Haqiim, (11 tahun), Puteri Mia Maizura (8 tahun)."

Untuk mengelakkan anak-anaknya mengetahui rahsia penceraian dengan bekas suami melalui internet dan surat khabar, Raja Azura melarang mereka melayari internet, membaca surat khabar dan majalah.

"Sejujurnya, saya melarang anak-anak membaca surat khabar dan majalah. Di rumah pula, mereka tidak boleh melayari internet. Lagipun, jadual harian mereka sudah cukup terisi dengan aktiviti-aktiviti yang telah ditentukan oleh saya."


0 Response to "Punca sebenar Raja Azura rahsiakan status perceraian daripada anak-anak"

Catat Ulasan

dzulCYBER