Punca sebenar Pierre Andre gugurkan bayi kandungan isteri

Punca sebenar Pierre Andre gugurkan bayi kandungan isteri - Pastinya satu berita sedih buat pasangan Pierre Andre dan isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim selepas bayi kandungan berusia 13 minggu terpaksa digugurkan atas nasihat dokor.

Pengarah dan pelakon itu memberitahu tindakan berkenaan terpaksa dibuat kerana janin yang dikandung isterinya mempunyai masalah. Pierre Andre melahirkan perasaan sedihnya kerana hasrat untuk bergelar tahun ini tidak kesampaian.

Bagaimanapun, beliau tetap bersyukur kerana isterinya tidak mengalami sebarang komplikasi ketika proses pengguguran dilakukan baru-baru ini.

“Doktor terpaksa menggugurkan kandungan isteri saya yang berusia 13 minggu kerana terdapat masalah pada janin. Jujurnya kami memang sedih, tetapi di usia yang masih muda ini, kami percaya dengan rezeki.”


Untuk pengetahuan, Pierre Andre atau nama sebenarnya Mohd. Pierre Andre Nazarul Andre bernikah dengan isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim pada 21 Jun tahun lalu.

0 Response to "Punca sebenar Pierre Andre gugurkan bayi kandungan isteri"

Catat Ulasan

dzulCYBER