Punca sebenar kepala murid tersepit di kerusi


Punca sebenar kepala murid tersepit di kerusi - Nampaknya, hari pertama persekolahan dibuka di seluruh sekolah Malaysia kecuali negeri Kedah, Kelantan dan Terangganu, tidak begitu menggembirakan apabila ada kes kepala pelajar tersepit di celah kerusi dilaporkan berlaku.

Ketika ini, dua keping gambar kepala pelajar itu tersepit sedang berlegar-legar di laman sosial dan dikatakan berlaku sekitar jam 11.20 pagi tadi. Menurut sumber, guru besar sekolah terbabit terpaksa bertindak memotong kerusi tersebut dengan bantuan guru lain untuk mengelakkan kecederaan lebih teruk berlaku.

Daripada andaian awal orang ramai, kejadian itu dilaporkan berpunca daripada sikap pelajar yang terlalu teruja untuk menghadiri sekolah selain terlalu seronok bergurau senda dengan rakan-rakan.




2 Responses to "Punca sebenar kepala murid tersepit di kerusi"

dzulCYBER