Punca keretakan hubungan cinta Wan Zack Haikal & Zzati Rashid


Punca keretakan hubungan cinta Wan Zack dan Zzati - Nampaknya, gosip yang mendakwa hubungan cinta Wan Zack Haikal dan Zzati sudah berakhir sejak Oktober 2013 ternyata benar. Kesahihan gosip itu disahkan oleh Pancaindera hari ini.

Memang sedih sangat memandangkan kedua-dua mereka sama padan dan sama cantik. Mungkin tiada jodoh kot. Khabarnya, keretakan hubungan cinta mereka berpunca daripada tindakan keluarga Wan Zack melemparkan pelbagai tuduhan yang menjatuhkan maruah Zzati dan keluarganya.


Tuduhan itu timbul selepas Zzati didakwa pecah amanah dalam pengurusan jadual jadual harian Wan Zack dan ketelusannya sebagai pemegang akaun pemain itu. Meksipun begitu, Zzati menafikan pernah berbuat demikian.

Selain tuduhan di atas, Zzati turut didakwa menggunakan khidmat bomoh untuk menundukkan Wan Zack agar patuh kepada kehendaknya.

"Saya tidak akan kembali dengan dia lagi. Sampai hati mereka tuduh saya pisau cukur. Saya masih waras. Tahu hukum agama. Buat apa nak guna bomoh untuk menundukkan Wan Zack. Saya tak buat kerja gila macam itu."

"Saya buat macam ini bukan sebab nak memalukan Wan Zack. Saya bukan jenis gila publisiti. Tapi ini melibatkan maruah keluarga."

"Saya pun hanya mula bercerita mengenai hubungan kami selepas Wan Zack memberitahu mahu bertunang awal tahun lepas. Itu bermakna dia mahu jalinkan hubungan yang serius dengan saya. Cuma saya tak mahu (bertunang) rupa-rupanya ada hikmah tersendiri."

Di sebalik perpisahan pasangan sejoli ini, pastinya ramai gadis-gadis cantik di luar sana gembira dan hati berbunga-bunga memandangkan mereka kini berpeluang untuk memikat lelaki idaman Harimau Muda A itu.


0 Response to "Punca keretakan hubungan cinta Wan Zack Haikal & Zzati Rashid"

Catat Ulasan

dzulCYBER