Punca kegagalan rayuan Shah Jaszle gugur kes khalwat


Punca kegagalan rayuan Shah Jaszle gugur kes khalwat - Pastinya ramai masih ingat dengan kes khalwat membabitkan pelakon Shahrizal Jaszle dan pasangan khalwatnya Farah Nurizzati Salleh pada 16 Mei tahun lalu.

Pada tarikh tersebut, mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 oleh unit penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada pukul 3.30 pagi di Apartmen Taman Sri Subang atas tuduhan khalwat.

Itu cerita tahun lalu pasangan Shahrizal Jaszle dan Farah Nurizzati. Terbaru, rayuan yang dibuat Shah Jaszle untuk menggugurkan kes khalwatnya menerusi Peguam Syarie, Ashraf Ranee pada 19 Disember 2013 telah ditolak oleh Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah Daereh Petaling Jaya hari ini.

Hakim menolak rayuan berkenaan kerana pendakwa Syarie, Hasrul Hafidzi Ahmad Kamal bakal mengemukakan seramai sembilan orang saksi.

Oleh itu, mahkamah mengarahkan agar kesemua saksi disepina sehingga tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada 8 April 2014.

“Saya tidak tahu mengenai saksi yang dikemukakan dan perlu berbincang dengan peguam saya terlebih dahulu. Bagaimanapun saya tidak gentar kerana tidak bersalah dalam hal ini.”

Dalam pada itu, Shahrizal Jaszle menegaskan akan berjuang habis-habisan untuk memenangi kes tersebut dan seterusnya membersihkan namanya yang tercalar.


0 Response to "Punca kegagalan rayuan Shah Jaszle gugur kes khalwat"

Catat Ulasan

dzulCYBER