Punca bapa kelar dan bunuh anak perempuan 7 tahun


Punca bapa kelar dan bunuh anak perempuan 7 tahun - Memang kerja tidak berperikemanusian apabila seorang bapa dilaporkan mengelar dan membunuh anak perempuannya yang baru berusia tujuh tahun. Kejadian itu berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar, selain membunuh, lelaki yang berusia 44 tahun itu turut mencederakan dua lagi anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripada mereka putus jari.

"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek."

Beliau turut menambah, seorang lagi anak perempuannya berumur 15 tahun yang baru pulang dari sekolah menengah agama dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun berjaya menyelamatkan diri daripada bapa mereka yang sedang memegang sebilah parang dalam kejadian kira-kira 4.15 petang itu.

"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas."

"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalambilik sebelum dia menghubungi polis."

Menurut siasatan awal pihak polis, perbuatan suspek membunuh dan mencederakan anaknya berpunca daripada gangguan emosi dan masalah mental. Bagaimanapun, tiada rekod jenayah dikaitkan tentang lelaki terbabit.


4 Responses to "Punca bapa kelar dan bunuh anak perempuan 7 tahun"

  1. AJK masjid/surau buat apa? Asyik brsembang2 kosong berbangga kehebatan diri sendiri? Kaw seksyen 4 bangi ini adalah kaw elit/kaya Melayu baru (TS Yusuf Nor juga ada istana di sana). Ramai antara mereka prof dan pensyarah UKM (cendikiawan melayu), dan ada yg tiap2 tahun pergi umrah dan memberi sumbangan beribu ringgit utk rakyat palestin tapi jiran sendiri terbiar ... inilah mentaliti Melayu baru!!!

    BalasPadam
  2. orang sendiri dibiarkan... mmg sedih.

    BalasPadam
  3. Jgn pandai2 nk meletakan kesalahan pd org saja..bedoa agar kta dijaohkan..itu sudah memadai

    BalasPadam

dzulCYBER