Pelakon Rita Rudaini bercinta dengan Nomad?


Pelakon Rita Rudaini bercinta dengan Nomad - Mungkin sedikit lambat buat admin berkongsi gosip panas terbaru yang mengaitkan bekas isteri Aidil Zafuan, Rita Rudaini dengan pendatang baru dunia nyanyian, Nomad.

Sebuah artikel yang ditulis beberapa hari lalu mendakwa Rita Rudaini kononnya meminati Nomad, penyanyi yang kini sedang popular menerusi lagu Tetap Menantimu.

Menerusi Harian Metro hari ini, pelakon filem Balistik itu menafikan kebenaran gosip berkenaan dan meluahkan perasaan kecewa kerana tidak sudah-sudah namanya sekali lagi menjadi bahan bualan orang ramai.

“Kalau pun mahu mencipta gosip untuk popular, jangan sampai mengaitkan maruah orang lain. Apa pandangan umum apabila membacanya. Saya ibu tunggal kepada dua anak. Sudahlah masyarakat mudah memberi tanggapan buruk kepada mereka yang bergelar janda.”

“Hakikatnya, saya bertemu Nomad sewaktu mempromosi filem Balistik, tetapi apa yang berlaku seperti bergambar bersama dan merakam aksinya menyanyi adalah perkara biasa.”

Rita Rudaini turut tertanya-tanya menyangka bagaimana gosip tersebut boleh timbul sedangkan dia dan Nomad hanya kawan biasa. Ekoran itu, Rita memberi mesej pedas kepada Nomad agar jangan sesekali mencemarkan nama baiknya.

“Sebelum ini belum ada rekod lagi saya digosip dengan mana-mana lelaki. Jangan sesekali cuba mencemarkan nama saya. Sebelum membuat sesuatu tindakan, ingat maruah orang lain. Kalau hendak popular, banyak lagi usaha boleh dibuat dan ini bukan caranya.”

Dalam pada itu, Nomad menyatakan permohonan maaf kepada Rita jika kenyataannya sebelum ini mengguris mana-mana pihak dan tidak berniat untuk memalukan Rita Rudaini.


0 Response to "Pelakon Rita Rudaini bercinta dengan Nomad?"

Catat Ulasan

dzulCYBER