Nora Danish tidak kisah dihina ibu Fasha Sandha


Nora Danish tidak kisah dihina ibu Fasha Sandha - Pelakon comel, Nora Danish menolak untuk memberikan sebarang komen lanjut berhubung kenyataan marah yang dilemparkan ibu Fasha Sandha, Hatijah Teh Man, terhadapnya baru-baru ini.

Dalam kenyataan Hatijah di Utusan pada 12 Januari lalu, beliau mendakwa Nora Danish ada bercakap mengenai ilmu sihir seolah-olah mahu menuduh keluarganya terlibat dengan amalan itu.

Nora yang dihubungi media semalam memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu memperbesarkan cerita. Katanya, Hatijah ialah nenek kepada adik Rayqal dan dia sayangkan anaknya. Jadi, Nora tidak mahu memberi komen kerana mahu menjaga perasaan Rayqal berbanding perasaannya sendiri.

“Saya enggan besarkan cerita. Saya sayang anak saya lebih daripada segala-galanya. Dia (Hatijah) merupakan nenek kepada adik Rayqal, jadi dia punya perkaitan dengan anak saya. Jadi, saya tak mahu komen sebab anak saya penting daripada perasaan saya sendiri.”


0 Response to "Nora Danish tidak kisah dihina ibu Fasha Sandha"

Catat Ulasan

dzulCYBER