Nikita Mirzani punca penceraian Christy Jusung dan Jay Alatas


Nikita Mirzani punca penceraian Christy Jusung dan Jay Alatas - Nampaknya keretakan rumah tangga pelakon Christy Jusung dengan suaminya, Jay Alatas semakin meruncing. Christy yang memfailkan tuntutan cerai pada 7 Januari lalu kini berdepan pelbagai persoalan tentang punca masalah yang mereka hadapi.

Ada yang mendakwa rumah tangga Christy dan Jay yang dibina pada 29 April lalu menjadi keruh gara-gara orang ketiga. Kisah perceraian antara Christy dan Jay juga dihangatkan lagi oleh khabar angin yang mendakwa Christy mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.


Entah dari mana, nama pelakon dan model popular Nikita Mirzani pula disebut-sebut sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas segala penyebaran rahsia rumah tangga Christy dan Jay.

Perkara itu pernah dinafikan oleh Nikita bahawa dia langsung tidak mengenali Christy. Christy juga tidak mahu mengulas lanjut dan menyifatkan khabar angin itu tidak perlu dihiraukan.

Sejak mahu bercerai, Christy kini memutuskan untuk tidak berhubung dengan suaminya. Dia juga seperti sudah berkerat rotan dan langsung tidak mahu ambil peduli tentang situasi Jay ketika ini.

"Sekarang saya tidak mahu berkomunikasi dengan Jay. Mahu tahu lagi tentang tuntutan cerai saya itu, tanyakan sahaja kepadanya."


0 Response to "Nikita Mirzani punca penceraian Christy Jusung dan Jay Alatas"

Catat Ulasan

dzulCYBER