Kumpulan SYJ tersingkir Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 11


Kumpulan SYJ tersingkir Maharaja Lawak Mega 2013 - Rancangan Maharaja Lawak Mega 2013 mingggu 11 yang berlangsung di Dewan Wawasan Jitra Kedah baru sahaja berakhir sebentar tadi.

Seperti dijangka, SYJ menjadi kumpulan seterusnya tersingkir selepas mendapat undian dan markah terendah dari keempat-empat juri.

Apapun, tahniah kepada SYJ yang dianggotai Syuk, Yassin dan Jihan kerana berjaya bertahan sehingga minggu ke-11 di sebalik persaingan sengit dari beberapa kumpulan hebat lain.

Bagi admin, persembahan SYJ untuk tema Silence Comedy memang hambar kerana plot cerita yang sukar difahami dan beberapa kali mengeluarkan suara secara tidak sengaja.

Meskipun mereka berjaya memperbaiki persembahan untuk tema Karoot Komedia namun sudah terlambat. Faktor mendapat undian terendah dari peminat antara sebab utama mereka tersingkir.

Dengan penyingkiran kumpulan SYJ, Maharaja Lawak Mega 2013 untuk minggu ke-12 nanti berbaki lima peserta iaitu Sepahtu, Nabil, Shiro, Jambu dan Bocey. Pastinya, minggu depan bakal menyaksikan persaingan lebih sengit dan mendebarkan.

Mana-mana pasukan yang membuat persembahan hambar salah satu tema yang diberikan bakal tersingkir. Ini kerana jumlah markah yang dipegang juri ialah 70% manakala markah untuk undian pula hanya 30%.


0 Response to "Kumpulan SYJ tersingkir Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 11"

Catat Ulasan

dzulCYBER