Hanez Suraya dedah wajah kekasih baru, akui kini sangat bahagia


Gambar wajah kekasih baru Hanez Suraya - Pernah menafikan sudah menemui pengganti bekas kekasih, Awi Rafael sejak putus tahun lalu, kali ini pelakon Hanez Suraya tidak lagi menyorokkan statusnya yang sudah berpunya.

Beliau yang dihubungi media baru-baru ini, mengakui jejaka yang berjaya menambat hatinya berusia dalam lingkungan 30-an, orang biasa dan merupakan kawan yang dikenali melalui seorang rakan lain.

“Ya, saya akui saya sedang bahagia sekarang. Kami hanya kawan sebelum ini, tetapi jarang bertemu. Kami berkenalan menerusi seorang kawan.”

Kata Hanez, sikap lelaki berkenaan yang bertanggungjawab, memahami dan menyokong kerjayanya sebagai seorang pelakon membuatkan hatinya terbuka untuk membawa perhubungan ke fasa seterusnya.

Jom layan dua keping gambar wajah sebenar lelaki yang mungkin dimaksudkan pelakon drama bersiri Autumn Di Hatiku itu.




0 Response to "Hanez Suraya dedah wajah kekasih baru, akui kini sangat bahagia"

Catat Ulasan

dzulCYBER