Hafiz Hamidun terdesak cari isteri tahun ini, lamar Heliza Helmi?

Hafiz Hamidun terdesak cari isteri tahun ini - Umum mengetahui, penyanyi Hafiz Hamidun pernah merancang untuk memperisterikan seorang wanita dari Indonesia sekitar Julai tahun lalu namun hasrat itu terpaksa dilupakan kerana wanita berkenaan sudah berkahwin senyap-senyap dengan lelaki lain.

Meskipun begitu, beliau tidak pernah berputus asa untuk mencari pasangan hidup. Baru-baru ini, Hafiz didakwa telah melamar seorang selebriti wanita bertudung. Wanita itu ialah Heliza Helmi namun dinafikan kedua-dua mereka.

Hafiz yang ditemui media semalam, memberitahu dirinya sudah bersedia menerima jodoh yang telah Allah SWT tetapkan walaupun bukan daripada kalangan selebriti.Kata penyanyi Nasyid itu lagi, dia kini semakin terdesak mencari pasangan hidup kerana usia yang semakin meningkat.

“Saya sudah mula berkarya semenjak 18 tahun, tapi saya ini tak ramai kawan. Saya dah mula rasa bosan dan sunyi hidup bujang."

"Adalah saya kawan dengan beberapa orang wanita. Tapi ada sahaja halangannya. Saya sekarang hanya mahu cari yang boleh terima saya seadanya dan memahami kerjaya saya. Yang i love u and u love me too.”


Dalam pada itu, Hafiz sempat berkongsi pendapatnya tentang soal jodoh. Baginya, jodoh juga harus bergantung kepada dua belah pihak dan dia menerima sebarang keputusan yang dilakukan oleh pihak tersebut mengenai perkara ini.

“Dalam bab ini, saya hanya berhak 50% sahaja. Selebihnya adalah daripada sebelah pihak lagi. Tidak kisahlah sesiapun. Boleh bercinta selepas kahwin. Tapi kalau orang tersebut menolak, saya hormati keputusannya.”

0 Response to "Hafiz Hamidun terdesak cari isteri tahun ini, lamar Heliza Helmi?"

Catat Ulasan

dzulCYBER