Gambar seksi Almy Nadia kini tersebar

Gambar seksi Almy Nadia kini tersebar - Pelakon Almy Nadia memang tergolong antara selebriti tempatan yang seksi dan menawan. Tidak hairan jika Fizz Fairus mudah terpikat dengannya sejak dulu lagi.

Meskipun, hubungan Almy Nadia dan Fizz Fairus pernah beberapa kali putus namun mungkin kerana sudah jodoh, mereka kini kembali menyulam cinta dan bakal disatukan tidak lama lagi.

Tahniah. Khabarnya, Fizz telah memberikan sedikit klu tentang keseriusannya untuk mengahwini Almy menerusi sekeping gambar dan kenyataan di Instagram.

Almy Nadia yang diminta untuk mengulas tentang gambar dan kenyataan kekasihnya di Instagram, namun pelakon itu menolak untuk memberikan sebarang komen malah meminta wartawan bertanya sendiri kepada Fizz.

"Saya tak berani nak cakap lebih-lebih, nanti kalau tak jadi, saya juga yang malu. Malah, ibu saya juga berpesan supaya lebih berhati-hati bila bercakap."

"Malah, lebih baik diam kerana saya di pihak perempuan. Insya-ALLAH, kalau diizinkan Allah SWT, kami akan mengumumkannya nanti."

"Kalau ingin tahu lebih lanjut, Fizz yang lebih layak untuk menjawabnya. Lagipun, ia lebih manis jika Fizz sahaja yang bercakap."



0 Response to "Gambar seksi Almy Nadia kini tersebar"

Catat Ulasan

dzulCYBER