Gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan Linda Onn & Ungku Azhar


Gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan Linda Onn - Genap sebulan bergelar suami isteri yang sah, pasangan Linda Onn dan Ungku Azhar telah memilih 27 Januari 2014 sebagai tarikh untuk melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan sederhana di Restoran Hadramawt dengan hanya dihadiri oleh ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. 

Kehadiran beberapa selebriti terkenal seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Umie Aida, Rabecca Nur Al-Islam dan Noniswara turut memeriahkan lagi suasana majlis resepsi itu. Mereka tidak ketinggalan untuk turut serta menari bersama pengantin ketika lagu-lagu dimainkan. 

Tahniah buat Linda Onn. Mereka kelihatan sangat bahagia ketika ini. Sesungguhnya, bergelar isteri kepada seorang lelaki matang dan kacak lebih hebat berbanding dengan lelaki yang penuh kontroversi dan kebudak-budakan. 

Sebagai makluman, Linda Onn dan Ungku Azhar telah disatukan menjadi pasangan suami isteri yang sah pada 27 Disember tahun lalu di kampung halaman penyampai radio itu di Johor Bahru.















0 Response to "Gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan Linda Onn & Ungku Azhar"

Catat Ulasan

dzulCYBER