Gambar sekitar Alif Satar merisik Sha Dila


Gambar sekitar Alif Satar merisik Sha Dila - Tahniah kepada pelakon dan penyanyi, Alif Satar yang selamat merisik kekasih hatinya Sha Dila pada 14 Januari lalu di kediaman orang tua wanita itu di Rembau, Negeri Sembilan.

Majlis merisik berkenaan diadakan secara kecil-kecilan dengan hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak, manakala Alif sendiri tidak menghadirkan diri. Sekeping gambar ibu Alif menyarungkan cincin tanda ke jari Sha Dila telah dikongsikan portal Murai Batu.

Pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan pada bulan September tahun yang sama. Untuk pengetahuan, Alif Satar dan Sha Dila sudah menyulam cinta sejak 4 tahun lalu. Meskipun usia Sha Dila enam tahun lebih tua daripada Alif namun perbezaan itu tidak menghalang hasrat dua selebriti ini untuk berkahwin.



1 Response to "Gambar sekitar Alif Satar merisik Sha Dila"

dzulCYBER