Benarkah Shila Amzah berkahwin secara rahsia di China?


Benarkah Shila Amzah berkahwin secara rahsia di China
 - Berita perkahwinan penyanyi terkenal negara, Shila Amzah memang satu perkara yang mengejutkan orang ramai lebih-lebih lagi beliau baru sahaja putus cinta dengan Johan As'ri.

Daripada maklumat dan gambar yang dikongsikan oleh portal ohbulan pagi tadi, Shila dilihat berpakaian baju pengantin yang seakan-akan bersedia untuk diijabkabulkan pada sambutan ambang tahun baru 2014.

Ekoran itu, ramai peminatnya mula tertanya-tanya samada artis kesayangan mereka itu sudah berkahwin secara rahsia atau sekadar gimik persembahan.


Apapun, jangan kecewa dan marah dahulu kerana fesyen baju pengantin yang dikenakan Shila hanya mengikut tema perkahwinan yang ditetapkan penganjur ketika mengadakan persembahan di OrientalTV New Year Eve Countdown Concert baru-baru ini.

Pada malam konsert tersebut, Shila menyanyikan lagu A Moment Like This dan sebuah lagi lagu duet bersama bekas peserta Chinese Idol, James Morris-Cotterill berjudul Hao Jiu bu jian.

Mari layan gambar-gambar cantik Shila Amzah ketika menggayakan baju pengantin di persembahan ambang tahun baru 2014 pada 31 Disember 2013.








0 Response to "Benarkah Shila Amzah berkahwin secara rahsia di China?"

Catat Ulasan

dzulCYBER