Gambar June Goh, isteri muda bapa Lee Chong Wei yang cantik dan seksi

Gambar June Goh, isteri muda bapa Lee Chong Wei - Pernah mencetuskan kontroversi tahun lepas selepas cuba membunuh diri di Jambatan Pulau Pinang, bapa kepada Lee Chong Wei, Ah Chai mengejutkan ramai pihak apabila berkahwin dengan June Goh, seorang wanita berusia 28 tahun beberapa minggu lalu.

Wanita berkenaan yang bekerja sebagai kerani dan berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, dikatakan Ah Chai sebagai seorang yang sangat memahami, peramah, berfikiran positif dan cantik menawan.

Dalam kenyataan ringkas di media baru-baru ini, Ah Chai memberitahu perkenalannya dengan June Goh bermula lapan tahun lalu di gelanggang badminton Berapit. Pada masa itu, mereka hanya berkawan biasa.

Namun selepas bercerai dengan bekas isteri, Khor Kim Choi, pada September tahun lalu, hubungan beliau dengan June Goh semakin serius dan akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin minggu lepas.

Berikut ialah lagi dua keping gambar perkahwinan Ah Chai dan June Goh.




0 Response to "Gambar June Goh, isteri muda bapa Lee Chong Wei yang cantik dan seksi"

Catat Ulasan

dzulCYBER