Gambar Fernnie Yong, tunang pelakon Cico Harahap


Gambar Fernnie Yong, tunang pelakon Cico Harahap - Pastinya ramai terkejut dengan berita pertunangan pelakon Cico Harahap dengan Fernnie Yong, seorang wanita berketurunan cina sejak setahun lalu.

Tahniah buat Cico atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaluddin, 35, kerana sudah menemui pengganti selepas hampir tiga tahun menduda.

Dengar khabarnya, Fernnie Yong bekerja sebagai pegawai pemasaran di BMW Malaysia Marketing di Cyberjaya. Dia dikatakan sangat mesra dengan anak perempuan Cico, Rindu Nur Fitrah, 5.

Bagaimanapun, mereka sehingga kini belum merancang untuk berkahwin kerana Cico mahu tunangnya mendalami agama Islam terlebih dahulu. Pelakon itu sanggup menunggu Fernnie benar-benar bersedia sebelum memeluk agama Islam.

Di bawah ini, admin sertakan dua keping gambar Fernnie Yong, tunang Cico Harahap yang cantik dan seksi. Nampak comel dan masih muda orangnya, tak gitu?




0 Response to "Gambar Fernnie Yong, tunang pelakon Cico Harahap"

Catat Ulasan

dzulCYBER