Gambar awan menyerupai kuda kini tersebar di laman sosial


Gambar awan menyerupai kuda kini tersebar di laman sosial - Sempena sambutan tahun baru cina hari ini dan esok, seorang jurugambar, Jimmy Omar, secara tidak sengaja berjaya mengambil gambar awan yang menyerupai kuda di puncak Bukit Padang, Kota Kinabalu sekitar jam 6.59 pagi kelmarin.

Beliau kemudiannya memuatnaik gambar tersebut di laman Facebook. Meskipun ramai pengguna laman sosial menganggap gambar itu dihasilkan menggunakan perisian Photoshop namun Jimmy menafikannya.

Menurut Jimmy, gambar yang dikongsikan beliau adalah asli dan tidak menggunakan sebarang kesan khas semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai.

Setakat ini, gambar tersebut sudah mendapat 469 likes dan sudah dikongsikan pengguna Facebook lain sebanyak 263 kali hanya beberapa jam dimuatnaik.


0 Response to "Gambar awan menyerupai kuda kini tersebar di laman sosial"

Catat Ulasan

dzulCYBER