Bront Palarae akui teruja bercinta dengan Maya Karin


Bront Palarae teruja bercinta dengan Maya Karin - Aktor terkenal, Bront Palarae mengakui sangat teruja bercinta dengan aktres cantik, Maya Karin dalam filem Sejoli.

Sebelum ini, mereka pernah berkerjasama dalam beberapa filem terdahulu namun tidak pernah digandingkan sebagai pasangan bercinta.

“Akhirnya saya dapat bercinta dengan Maya. Sebelum ini, kami hanya berkawan dalam lakonan dan inilah kali pertama saya dapat rasa bercinta dengan Maya.”

Dalam pada itu, Maya Karin turut mengakui lakonannya bersama Bront kali ini tidak memiliki sebarang masalah kerana mereka pernah digandingkan sebelum ini.

“Saya seronok dapat berlakon bersamanya tambahan pula kami memang berkawan di luar set. Jadi untuk dapatkan keserasian dalam hidupkan watak memang tidak ada masalah.”


0 Response to "Bront Palarae akui teruja bercinta dengan Maya Karin "

Catat Ulasan

dzulCYBER