Artis wanita popular kantoi bawa kekasih masuk hotel


Artis wanita popular kantoi bawa kekasih masuk hotel – Khabarnya, seorang artis wanita popular tempatan dilihat membawa teman lelakinya keluar masuk di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Gosip ini mula timbul selepas rakan salah seorang wartawan Harian Metro terpandang kelibat artis popular berkenaan sedang memasuki hotel bersama teman lelakinya. 

Menariknya, mereka berjalan secara berasingan di mana seorang menaiki tangga dan seorang lagi menggunakan perkhidmatan lif hotel bagi mengelakkan diri dari dikenali orang ramai mahupun peminat.

Menurutnya lagi, artis tersebut mengenakan pakaian biasa, memakai topi dan berkaca mata hitam serta tanpa sebarang solekan. Agaknya, siapa artis wanita popular yang dimaksudkan wartawan itu?


0 Response to "Artis wanita popular kantoi bawa kekasih masuk hotel"

Catat Ulasan

dzulCYBER