Anak lelaki tegur Ziana Zain bertudung dan tutup aurat


Anak lelaki tegur Ziana Zain bertudung dan tutup aurat - Anak lelaki Ziana Zain, Muhammad Aiman, 14, yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor menasihati beliau agar bertudung dan menutup aurat.

"Aiman malah turut berpesan kepada saya jika mahu melawatnya di asrama atau sekolah, saya perlu memakai hijab kerana tidak mahu memalukan sekolahnya."

"Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; "bila Mama nak pakai tudung"? Apabila saya cakap saya perlukan masa untuk mengambil keputusan bertudung, dia cakap "kita tak tahu bila kita akan mati."

"Aiman cakap kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana."

Bagaimanapun, penyanyi bersuara tinggi itu tidak memarahi anaknya kerana ditegur malah Ziana sangat bersyukur mempunyai anak sulung yang matang. Beliau berharap agar Aiman dapat membimbing adik-adiknya nanti.

"Biarpun beberapa kali saya sudah ditegur oleh Aiman tentang berhijab dan memakai menutup aurat, namun saya tidak pernah memarahinya. Malah saya bersyukur kerana sebagai anak sulung, Aiman diharap dapat membimbing adik-adiknya nanti."


2 Responses to "Anak lelaki tegur Ziana Zain bertudung dan tutup aurat"

  1. Kalau dh kene tegur tu ikut aje la..agaknya nak kene tegur dgn malaikat maut dulu kot..

    BalasPadam
  2. Dia kata belum bersedia... hehehe

    BalasPadam

dzulCYBER