Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Chef Wan kecam resipi Nasi Lemak pesawat MAS

Chef Wan kecam resipi Nasi Lemak pesawat MAS - Isu tukang masak selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan mengkritik dan mengecam resipi masakan di serata Malaysia bukan satu perkara baru dan memang diketahui umum.

Sebelum ini, beliau pernah mengecam sebuah restoran bertaraf lima bintang kerana menghidangkan masakan Nyonya Laksa yang tidak asli dan menggunakan resipi salah.

Terbaru, Chef Wan sekali lagi menggemparkan seluruh Malaysia apabila mengecam menu nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS).

Dalam kenyataan tidak puas yang dimuatnaik beliau di akaun Instagram, Chef Wan menganggap nasi lemak hidangan MAS tidak ubah seperti menu telanjang kerana hanya ada sambal dan telur rebus manakala timun, kacang dan ikan bilis ditiadakan.

Katanya, hidangan sedemikian secara tidak langsung akan memberi gambaran negatif kepada orang luar yang tidak pernah melihat dan merasai sendiri nasi lemak sebenar.

Mari lihat gambar nasi lemak telanjang hasil resipi MAS serta buny…

Punca 100 buah kereta meletup dan hangus terbakar di Muar, Johor

Punca 100 buah kereta meletup dan hangus terbakar - Sebanyak 100 daripada 150 buah kenderaan yang disimpan dalam stor penyimpanan sebuah bengkel di Parit Bakar, meletup dan hangus terbakar sehingga mengakibatkan kerugian RM2.2 juta.

Kejadian yang berlaku kira-kira 9.45 malam tadi dipercayai berpunca daripada kegiatan membakar kertas upacara keagamaan oleh penduduk berdekatan sempena sambutan Tahun Baharu Cina sebelum merebak ke rumput kering di luar stor berkenaan.

Daripada jumlah keseluruhan 100 buah kenderaan yang terbakar, 70 daripadanya ialah kereta mewah, manakala 10 buah lagi ialah lori dan treler, dan selebihnya ialah van dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, keadaan malam tadi yang panas dan berangin menjadi faktor utama api merebak dengan cepat sebelum menyambar stor penyimpanan.

"Siasatan polis mendapati tiada sebarang unsur khianat dalam kejadian itu dan meminta semua pihak tidak membuat spekulasi."


Anak kandung Rosmah Mansor anggap agenda lucah itu seni

Anak Rosmah Mansor anggap agenda lucah itu seni - Anak kandung Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz yang merupakan hasil perkahwinan terdahulu, dikatakan menganggap agenda lucah yang dimasukkan dalam filem terbitannya The Wolf Of Wall Street sebagai seni semata-mata.

Apa pula pendapat korang semua? Jom baca keratan akhbar di bawah untuk lebih lanjut tentang persepsi Riza Shahriz Abdul Aziz. Sekiranya kurang jelas, klik pada imej untuk pembesaran.



Gambar awan menyerupai kuda kini tersebar di laman sosial

Gambar awan menyerupai kuda kini tersebar di laman sosial - Sempena sambutan tahun baru cina hari ini dan esok, seorang jurugambar, Jimmy Omar, secara tidak sengaja berjaya mengambil gambar awan yang menyerupai kuda di puncak Bukit Padang, Kota Kinabalu sekitar jam 6.59 pagi kelmarin.

Beliau kemudiannya memuatnaik gambar tersebut di laman Facebook. Meskipun ramai pengguna laman sosial menganggap gambar itu dihasilkan menggunakan perisian Photoshop namun Jimmy menafikannya.

Menurut Jimmy, gambar yang dikongsikan beliau adalah asli dan tidak menggunakan sebarang kesan khas semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai.

Setakat ini, gambar tersebut sudah mendapat 469 likes dan sudah dikongsikan pengguna Facebook lain sebanyak 263 kali hanya beberapa jam dimuatnaik.


Punca bapa kelar dan bunuh anak perempuan 7 tahun

Punca bapa kelar dan bunuh anak perempuan 7 tahun - Memang kerja tidak berperikemanusian apabila seorang bapa dilaporkan mengelar dan membunuh anak perempuannya yang baru berusia tujuh tahun. Kejadian itu berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar, selain membunuh, lelaki yang berusia 44 tahun itu turut mencederakan dua lagi anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripada mereka putus jari.

"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek."

Beliau turut menambah, seorang lagi anak perempuannya berumur 15 tahun yang baru pulang dari sekolah menengah agama dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun berjaya menyelamatkan diri daripada bapa mereka yang sedang memegang sebilah parang dalam kejadian kira-kira 4.15 petang itu.
"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia t…

Punca keretakan rumahtangga Marion Caunter dan suami

Punca keretakan rumahtangga Marion Caunter dan suami - Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, cerita tentang keretakan rumahtangga pasangan Marion Caunter dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Naza, SM Nasaruddin, menjadi bualan hangat orang ramai.

Ada yang mendakwa, kehadiran orang ketiga menjadi punca hubungan mereka tidak sekukuh seperti sebelum ini.

Menariknya, orang ketiga yang dikatakan sebagai punca itu merupakan seorang pengacara popular industri hiburan tempatan. Siapa agaknya?

Marion Caunter yang ditemui media semalam menegaskan dia tidak mampu menutup mulut orang untuk berhenti dari bercerita mengenai perihal rumah tangganya.

Meskipun begitu, beliau memberitahu tetap mempercayai suaminya dan tidak akan membiarkan spekulasi liar itu merosakkan perkahwinan mereka.

“Saya percaya pada suami, dan dia juga begitu. Hubungan suami isteri yang dibina perlulah berlandaskan kesetiaan dan kepercayaan."

"Biar orang nak bercakap apa saja. Saya adalah seorang yang sangat kuat dan…

Gambar percutian Zizie Ezette & Bung Mokhtar di Amsterdam, Mexico dan Los Angeles

Gambar percutian Zizie Ezette & Bung Mokhtar di Amsterdam - Wah seronok nampak pasangan Zizie Ezette dan Bung Mokhtar ketika sama-sama bercuti di Amsterdam, Mexico dan Los Angeles. Steady je Bung Mokhtar menemani isterinya untuk Honeymoon buat kesekian kalinya.

Apa yang admin perasaan, bekas pelakon Zizie Ezette semakin cantik dan berseri-seri. Pastinya, Bung Mokthar adalah lelaki paling dicemburui peminat kerana berjaya menjadikan Zizie sebagai isteri kedua dan menceraikan isteri pertama beliau.

Jom layan 34 keping gambar sekitar percutian pasangan Zizie Ezette dan Bung Mokhtar di Amsterdam, Mexico dan Los Angeles beberapa minggu lalu.






















Bront Palarae akui teruja bercinta dengan Maya Karin

Bront Palarae teruja bercinta dengan Maya Karin - Aktor terkenal, Bront Palarae mengakui sangat teruja bercinta dengan aktres cantik, Maya Karin dalam filem Sejoli.

Sebelum ini, mereka pernah berkerjasama dalam beberapa filem terdahulu namun tidak pernah digandingkan sebagai pasangan bercinta.

“Akhirnya saya dapat bercinta dengan Maya. Sebelum ini, kami hanya berkawan dalam lakonan dan inilah kali pertama saya dapat rasa bercinta dengan Maya.”

Dalam pada itu, Maya Karin turut mengakui lakonannya bersama Bront kali ini tidak memiliki sebarang masalah kerana mereka pernah digandingkan sebelum ini.

“Saya seronok dapat berlakon bersamanya tambahan pula kami memang berkawan di luar set. Jadi untuk dapatkan keserasian dalam hidupkan watak memang tidak ada masalah.”


Respon Raja Azmi isu terpaksa tanggung perbelanjaan suami

Respon Raja Azmi isu terpaksa tanggung perbelanjaan suami - Baru sahaja hampir empat bulan bergelar isteri kepada Mohd Eddie Ghazali, kini sudah mula timbul kontroversi lain yang dikaitkan dengan Raja Azmi.

Kontroversi itu berkaitan tentang tuduhan yang dilemparkan segelintir peminat dengan mendakwa penerbit filem Dalam Botol, Raja Azmi terpaksa menanggung perbelanjaan suaminya sejak berkahwin pada 14 Oktober tahun lalu.

Beliau yang ditemui media baru-baru ini memberitahu tidak kisah dengan tuduhan sedemikian kerana dia sebagai isteri juga bertanggungjawab dalam kehidupan berumah tangga termasuklah hal-hal berkaitan kewangan. Katanya, bukan menjadi satu kesalahan jika dia terpaksa menanggung perbelanjaan suaminya.

"Saya tidak kisah apa orang nak cakap. Yang penting saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Kalau saya menanggung suami sekalipun itu adalah hak dan tanggungjawab saya sebagai isteri. Pada saya sekarang, duit bukan kepentingan lagi."

"Dulu perkahwinan pertama s…

Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose selamat diijabkabulkan

Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose diijabkabulkan - Pasangan pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose baru sahaja selamat diijabkabulkan menerusi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta episod 22.

Mereka kelihatan begitu serasi dan sepadan sehingga admin sendiri pun tertipu. Ingatkan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose betul-betul kahwin, rupanya majlis akad nikah itu sekadar lakonan.

Sharnaaz Ahmad memang segak dan kacak orangnya manakala Nelydia Senrose pula manis dan cantik. Penampilan kekasih Qi Razali itu sememangnya mampu mencairkan hati mana-mana jejaka yang menetap wajahnya.


Gambar sekitar Aidil Zafuan merisik Zarema Zainal, nikah 14 Mac 2014

Gambar sekitar Aidil Zafuan merisik Zarema Zainal - Tahniah buat Aidil Zafuan yang selamat merisik kekasihnya, Zarema Zainal baru-baru ini. Beberapa keping gambar sekitar majlis merisik itu telah dikongsikan portal myartis.

Keputusan dari majlis tersebut, Aidil Zafuan dan Zarema Zainal akan diijabkabulkan pada 14 Mac ini manakala majlis resepsi perkahwinan akan dibuat 16 Mac 2014. Meskipun begitu, kesahihan kedua-dua tarikh ini masih belum dipastikan.