Searching...
10:31 PTG 0

Pelakon Elfira Loy cedera parah kemalangan, kereta terjunam ke sungai


Pelakon Elfira Loy cedera parah kemalangan, kereta terjunam ke sungai - Pelakon comel, Elfira Loy difahamkan telah mengalami kemalangan teruk apabila kereta yang dipandunya terjunam ke sungai. Punca kemalangan tidak diketahui namun menurut sumber, Elfira Loy didapati memandu dalam keadaan laju ketika memasuk kawasan selekoh. Akibat itu, beliau hilang kawalan sebelum kereta yang dipandunya terjunam ke sungai.


Inilah salah satu babak mencemaskan dalam sebuah drama atau filem yang dibintangi Elfira Loy. Kehebatan solekan di bahagian muka dan tangan pelakon sedang meningkat ini menyebabkan ramai tertipu dan menganggap Elfira Loy benar-benar kemalangan. Apa agaknya tajuk filem atau drama yang mengandungi babak cemas ini? Nantikan pengumuman dari pengarah sendiri. Mungkin filem atau drama ini menarik dan best untuk ditonton?




6:05 PTG 0

Rozita dikutuk peminat di Twitter kerana tayang peha

Rozita dikutuk peminat di Twitter kerana tayang peha - Disebabkan gambar aksi manja ala anak dara pelakon jelita, Rozita Che Wan bersama Zain Saidin di Twitternya, beliau telah dihentam dan dikutuk peminat.

Ini tentunya kesilapan Rozita dan Zain yang terburu-buru memuatnaik gambar-gambar mesra mereka berdua di Twitter walaupun belum berkahwin dan sah suami isteri. Kalau memang dah syok sangat berkasih mesra, pandangan dunia pun tak ingat langsung dah.

Korang boleh baca dan nilai sendiri kutukan ramai peminat Rozita di Twitternya di bawah.




12:55 PTG 0

12.20 PM 19 Mac 2013 - Empat pertempuran berlaku di kawasan Tanjung Batu, Lahad Datu


Empat pertempuran berlaku di kawasan Tanjung Batu - Empat pertempuran berlaku di antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi menggeledah dan menjejaki musuh di kawasan Tanjung Batu, Lahad Datu semalam.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam empat pertempuran berkenaan yang berlaku sekitar 8.05 pagi hingga 5 petang, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada pag tadi.

Beliau berkata dalam operasi semalam, pasukan keselamatan turut menahan tiga lagi individu di Sandakan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas. Ini menjadikan jumlah tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) meningkat kepada 107 orang.

Segala laporan siasatan telah siap dan kesemua mereka akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat, katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16 pagi tadi.

Hamza berkata operasi menggeledah, menjejaki musuh dan membersih kawasan kubu pengganas di Tanjung Batu dijangka selesai hari ini dan pihaknya percaya bilangan pengganas yang tinggal, kurang daripada 50 orang.

Sementara itu, Ahmad Zaki berkata pasukan keselamatan turut menggunakan 12 kereta perisai berantai Adnan yang mampu bergerak dalam pelbagai bentuk muka bumi.

"Kami yakin dengan tahap mobiliti, daya perlindungan dan kemampuan kereta perisai kami dalam melancarkan Operasi Daulat," katanya.

Krisis pencerobohan pengganas dari Sulu sejak 12 Februari lepas mengorbankan 9 anggota pasukan keselamatan manakala seorang anggota tentera maut dalam kemalangan jalan raya ketika menyertai konvoi Operasi Daulat.

Seramai 62 pengganas ditembak mati dan 241 orang ditahan kerana memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan lain. - mStar


12:44 PTG 0

Lebih baik aku onani di rumah daripada terima tawaran berlakon - Irfan Roslan


Lebih baik aku onani di rumah daripada terima tawaran berlakon - Siapa tak kenal Irfan Roslan yang popular menerusi lakonan hebatnya dalam Drama Juvana sebagai Cikgu Azmee. Baru-baru ini, beliau telah menerima tawaran berlakon dalam sebuah drama yang mengandungi 26 episod dengan bayaran RM7,000. Bagaimanapun, Irfan Roslan memperlekehkan tawaran berkenaan kerana jumlah bayaran yang baginya terlalu rendah. Melalui laman facebooknya, beliau telah menimbulkan satu kontroversi dengan menulis kenyataan berbaur lucah. Korang boleh baca kenyataan Irfan Roslan di bawah.



7:10 PG 0

Aku memang tengah usaha pikat Zee Avi - Aizat


Penyanyi Aizat mengaku berusaha memikat hati penyanyi Zee Avi - Penyanyi terkenal, Aizat  atau nama sebenar Muhammad Aizat Amdan, 22, mengakui sedang dalam usaha untuk menawan hati seorang penyanyi, Zee Avi. 

Bagaimanapun, menurut Aizat hubungannya dengan Zee masih belum ke tahap serius, sebaliknya mereka banyak berkongsi pendapat tentang muzik.

"Dari dulu saya memang minat dengan dia, lepas tu saya dapat tahu dia duduk berhampiran dengan rumah saya.

"Ya... kami selalu keluar bersama jika ada waktu kelapangan. Hubungan kami rapat sejak tahun lalu,"
katanya semalam.

Sementara itu Aizat memberitahu mereka turut bekerjasama dalam sebuah lagu yang bakal dimuatkan dalam album terbaru Aizat.

"Kami memang ada buat sebuah lagu bersama untuk dimuatkan dalam album saya nanti, namun belum ada tajuk lagi kerana ia masih dalam proses pembikinan," ujarnya.


Dalam pada itu, bercakap tentang imej yang dilihat semakin berisi penyanyi lagu Hanya Kau Yang Mampu ini berkata dia sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan.

"Dulu berat saya 68 kilogram, sekarang sudah 80 kilogram. Ia berpunca kerana saya sibuk di studio dan tidak ikut rutin pemakanan yang betul.

"Selepas ini saya cuba nak kembali ke berat dahulu 70 kilogram pun sudah ideal buat saya,"
katanya yang selesa dengan imej bermisai. - mStar


6:36 PG 0

19 Mac 2013 - Statistik terkini jumlah kecederaan dan kematian di Lahad Datu


Statistik terkini jumlah kecederaan dan kematian di Lahad Datu - Pasukan polis dan tentera (ATM) negara meneruskan Ops Daulat hari ke-14 semalam (18 Mac 2013) dengan perkara yang paling menarik untuk diambil perhatian ialah pengumuman pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III yang mengarahkan para pengikutnya untuk melancarkan serangan ke atas pasukan keselamatan. Nampaknya, ramai lagi pengganas Sulu yang akan dibunuh oleh pihak polis dan tentera ATM kerana kedegilan kepala mereka untuk menyerah diri. Berikut ialah statistik terkini jumlah kematian dan kecederaan polis, tentera dan pengganas Sulu setakat jam 6.30 pagi, 19 Mac 2013.

Anggota polis terkorban - 8 orang
Anggota polis cedera - 7 orang
Anggota polis ditawan - Tiada

Anggota tentera terkorban - 2 orang
Anggota tentera cedera - 3 orang
Anggota tentera ditawan - Tiada

Orang awam terkorban 1 orang
Orang awam cedera 1 orang
Orang awam ditawan - Tiada

Individu ditangkap memasuki kawasan merah - 241 orang

Pengganas Sulu terbunuh - 62 orang (28 mayat dikeluarkan)
Pengganas Sulu cedera - ?
Pengganas Sulu ditangkap - 107 orang
Pengganas Sulu ditangkap Filipina - 36 orang


10:24 PTG 0

18 Mac 2013 - Tiga suspek pengganas Sulu ditahan di Sandakan


Tiga suspek pengganas Sulu ditahan di Sandakan - Polis Daerah Sandakan menahan tiga lelaki yang mencurigakan di Kampung Sim-Sim pada petang tadi selepas menerima laporan daripada penduduk kampung itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata, ketiga-tiga suspek itu ditahan pada jam 3.00 petang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkahKhas) 2012.

"Identiti ketiga-tiga suspek belum dikenal pasti dan sejauh mana penglibatan mereka dengan kes pencerobohan di Lahad Datu.

"Bagaimanapun ketika ditahan, mereka tidak memiliki senjata berbahaya atau senjata api,"
katanya ketika dihubungi.

Rowell turut memohon kerjasama penduduk di daerah ini agar tidak sama sekali mempercayai khabar angin atau membuat andaian dan menokok tambah cerita yang mempunyai hubungkait dengan aspek keselamatan.

Sebaliknya, beliau berkata sekiranya penduduk mempunyai sebarang maklumat,mereka diminta segera menghubungi balai polis berhampiran.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Kampung Sim-Sim petang tadi mendapati beberapa anggota polis mengadakan kawalan di kampung itu yang merupakan antara perkampungan yang didirikan di atas air, di daerah ini. - mStar


6:25 PTG 1

Tarik balik gencatan senjata, pengganas Sulu lancar serangan gerila


Tarik balik gencatan senjata, pengganas Sulu lancar serangan gerila - Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan media, Jamalul Kiram berkata berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk tentera-tenteranya.

"Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?" katanya kepada para pemberita di kediamannya di Taguig, menurut laporan The Philippine Star.

Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu perjuangan berkata tenteranya akan meneruskan perjuangan mereka itu.

Katanya, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara "serang dan lari" terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan, adik lelaki kepada Jamalul, Azzimudie Kiram dan pengikut-pengikutnya masih berada di Sabah dan ini bertentangan dengan laporan dari Malaysia yang mendakwa mereka telah melarikan diri.

Idjirani juga mendakwa Azzimudie dan kumpulan pengikutnya masih kuat berdasarkan perbualan telefon dengannya pada malam Sabtu.

Katanya, tentera Sulu yang pada masa ini berjumlah 170 orang telah berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengelak daripada pesawat pengintip yang berlegar di sekitar Lahad Datu mengesan mereka. - mStar


1:01 PTG 1

Inilah gambar pengarah Malaysia yang tampar dan pukul Carmen


Inilah gambar pengarah Malaysia yang tampar dan pukul Carmen - Seorang pengarah Malaysia yang dikatakan menampar dan memukul pelakon baru, Carmen Chew Richy, 22, telah menyatakan permohonan maafnya secara terbuka semalam. Rashid Ahmad, 38, telah menghantara surat permohonan maaf tersebut di pejabat Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN).



4:13 PG 0

18 Mac 2013 Ops Daulat - Statistik terkini kecederaan dan kematian di Lahad Datu



Statistik terkini kecederaan dan kematian di Lahad Datu - Pasukan polis dan tentera (ATM) negara meneruskan Ops Daulat hari ke-13 semalam (17 Mac 2013) dengan insiden yang paling mencemaskan ialah pertempuran sengit di kawasan Felda Sahabat, pagi semalam dengan sekumpulan pengganas Sulu yang berjaya dikesan pasukan keselamatan. Seorang pengganas Sulu telah berjaya ditembak mati manakala tiada kecederaan di pihak pasukan keselamatan. Berikut ialah statistik terkini jumlah kematian dan kecederaan polis, tentera dan pengganas Sulu setakat jam 4.00 pagi, 18 Mac 2013.

Anggota polis terkorban - 8 orang
Anggota polis cedera - 7 orang
Anggota polis ditawan - Tiada

Anggota tentera terkorban - 2 orang
Anggota tentera cedera - 3 orang
Anggota tentera ditawan - Tiada

Orang awam terkorban 1 orang
Orang awam cedera 1 orang
Orang awam ditawan - Tiada

Individu ditangkap memasuki kawasan merah - 233 orang

Pengganas Sulu terbunuh - 62 orang (28 mayat dikeluarkan)
Pengganas Sulu cedera - ?
Pengganas Sulu ditangkap - 104 orang
Pengganas Sulu ditangkap Filipina - 36 orang

11:12 PTG 0

Gambar Tun Dr Mahathir di Lahad Datu yang dikutuk Abby Abadi di Twitter (10 Photo)

10 Gambar Tun Dr Mahathir di Lahad Datu yang dikutuk Abby Abadi di Twitter - Susulan lawatan bekas perdana menteri Malaysia di Lahad Datu pagi tadi untuk memberikan kata-kata semangat kepada pasukan keselamatan, lain pula reaksi Abby Abadi, pelakon terkenal tanah air.


Abby Abadi melalui akaun Twitter telah mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menyindir niat baik lawatan Tun Dr Mahathir itu. Ini bunyi kenyataan Abby "TunM pg Lahad Datu utk begambar je ke?Igtkan nk pg tembak pengganas Sulu td." Dalam keadaan krisis teruk di Lahad Datu, sempat pula Abby Abadi nak menyindir orang lain ye. Agaknya Abby macam tak puas hati je dengan Tun Dr Mahathir?












2:14 PTG 0

Keputusan Malaysia vs Arab Saudi 17 Mac 2013


Keputusan Malaysia vs Arab Saudi 17 Mac 2013 - Perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Malaysia menentang Arab Saudi akan berlangsung malam ini di Stadium Shah Alam, Selangor. Berikut ialah keputusan terkini perlawanan Malaysia vs Arab Saudi. Keputusan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Malaysia (1) - (4) Arab Saudi (HT)

Nampaknya, Malaysia bukan lawan sebenar Arab Saudi apabila dibelasah dalam perlawanan persahabatan yang baru sahaja tamat berlangsung tadi, 1-4. Amat menyedihkan bahagian pertahanan skuad kebangsaan yang mudah ditembusi oleh bahagian serangan Arab Saudi. Apapun, Malaysia perlu terus memperbaiki semua kelemahan yang telah dikenalpasti agar mampu bersaing dengan negara serantau lain.


1:55 PTG 0

Terkini 17 Mac 2013 - Seorang lelaki bersenjata Sulu ditembak mati pagi tadi


Seorang lelaki bersenjata Sulu ditembak mati pagi tadi - Satu pertempuran bersenjata di antara pasukan keselamatan dan saki-baki lelaki bersenjata Sulu mengejutkan suasana selepas beberapa hari reda dalam operasi Ops Daulat.

Pasukan keselamatan membunuh seorang lagi lelaki bersenjata pada kira-kira pukul 10.15 pagi diikuti pertempuran di Kg Tanjung Batu, kata Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim.

Beliau berkata, mereka kini sedang memburu tiga lelaki bersenjata yang dilihat dalam operasi mopping bagi mengusir baki lelaki bersenjata di kawasan zon merah. Tiada mangsa dilaporkan di kalangan pasukan keselamatan.

Pertempuran bersenjata terakhir berlaku pada Selasa apabila seorang tentera terbunuh dan seorang lagi cedera bersama-sama dengan tiga lelaki bersenjata yang ditembak mati berhampiran Sungai Nyamuk, tidak jauh dari Kg Tanjung Batu. - mStar


1:17 PTG 0

Keputusan Malaysia vs Australia Hoki Piala Sultan Azlan Shah 17 Mac 2013


Keputusan Malaysia vs Australia Hoki Piala Sultan Azlan Shah 17 Mac 2013 - Perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013 di antara Malaysia menentang Australia bakal berlangsung pada jam 8.05 malam ini di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. Sudah pastinya Malaysia akan bermain bersungguh-sungguh kerana skuad kebangsaan tidak pernah menjadi juara kejohanan ini sejak diperkenalkan pada tahun 1983. Berikut ialah keputusan terkini perlawanan Malaysia vs Australia. Keputusan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Malaysia (2) - (3) Australia (FT)

Sekali lagi Malaysia gagal memenangi perlawanan akhir Hoki Piala Sultan Azlan Shah apabila tewas tipis kepada Australia sebentar tadi hasil gol lewat daripada penyerang mereka. Apapun, ucapan tahniah patut diberikan kepada Malaysia kerana tidak membenarkan Australia menang mudah dan berjuang bermati-matian.


10:58 PG 0

17 Mac 2013 Ops Daulat - Statistik terkini kecederaan dan kematian di Lahad Datu


Statistik terkini kecederaan dan kematian di Lahad Datu - Pasukan polis dan tentera (ATM) negara meneruskan Ops Daulat hari ke-12 semalam (16 Mac 2013) dengan perkara paling menarik perhatian ialah penahanan seorang lelaki di Kawasan Felda Sahabat yang disyaki pengganas Sulu. Berikut ialah statistik terkini jumlah kematian dan kecederaan polis, tentera dan pengganas Sulu setakat jam 10.00 malam, 17 Mac 2013.

Anggota polis terkorban - 8 orang
Anggota polis cedera - 7 orang
Anggota polis ditawan - 2 orang

Anggota tentera terkorban - 2 orang
Anggota tentera cedera - 3 orang
Anggota tentera ditawan - 1 orang

Orang awam terkorban 1 orang
Orang awam cedera 1 orang
Orang awam ditawan - 1 orang

Individu ditangkap memasuki kawasan merah - 233 orang

Pengganas Sulu terbunuh - 62 orang (28 mayat dikeluarkan)
Pengganas Sulu cedera - 2 orang
Pengganas Sulu ditangkap - 104 orang
Pengganas Sulu ditangkap Filipina - 36 orang


12:06 PG 0

Pelakon Eina Azman hampir diperkosa Datuk di sebuah hotel


Pelakon Eina Azman hampir diperkosa Datuk di sebuah hotel - Memiliki rupa paras yang cantik dan menawan, apatah lagi bergelar sebagai pelakon bukan satu perkara yang mudah sebenarnya. Buktinya baru-baru ini, pelakon Eina Azman mengakui hampir diperkosa oleh seorang ahli perniagaan yang bergelar datuk di sebuah hotel. Ikuti luahan hati Eina Azman di bawah.



7:18 PTG 0

16 Mac 2013 - Seorang pengganas Sulu berjaya ditahan di Felda Sahabat pagi tadi


Seorang pengganas Sulu berjaya ditahan di Felda Sahabat pagi tadi - Pihak keselamatan negara berjaya menahan seorang individu dipercayai pengganas Sulu di kawasan Felda Sahabat, Lahad Datu pagi tadi.

Tanpa menyatakan lokasi militan itu ditahan, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pengganas tersebut berjaya ditangkap pada jam 6.30 pagi tadi mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Ketika ditahan tiada senjata ditemui pada pengganas yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu sebelum dibawa ke balai polis untuk soal siasat," katanya pada sidang media bersama Panglima I Divisyen Infantri Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Moktar.


Hamza berkata sehingga kini jumlah individu yang ditahan mengikut SOSMA ialah 104 orang, lain-lain akta sebanyak 232 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati 61 orang.

Menurutnya operasi penggeledahan, menjejaki musuh dan pembersihan kini ditumpukan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan dijangka selesai selewat- lewatnya esok.

Penduduk kampung dan media juga diingatkan supaya tidak memasuki kampung itu kerana dipercayai musuh kini bergerak dalam kumpulan kecil dengan jumlah keseluruhan pengganas yang tinggal dianggar kurang daripada 50 orang.

"Dalam konteks ini kerjasama masyarakat dan orang ramai diperlukan terutama menyalurkan maklumat supaya saki-baki pengganas dapat ditangkap atau dihapuskan," katanya.


Hamza berkata pasukan keselamatan juga sedang berusaha mengeluarkan 10 mayat pengganas yang masih berada di Kampung Tanduo.

Beliau turut menjelaskan hanya 15 pengganas ditembak mati pihak keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac lepas, bukan 27 seperti yang dilapor akhbar hari ini.

"Pada 1 Mac, seramai 12 musuh mati ditembak dan setelah selesai proses pembersihan kita menemui tiga lagi mayat semalam dan ia membawa kepada 15 musuh yang disahkan terbunuh pada hari pertama itu," katanya. - mStar


2:35 PTG 0

Keputusan Malaysia vs India Hoki Piala Sultan Azlan Shah 16 Mac 2013



Keputusan Malaysia vs India Hoki Piala Sultan Azlan Shah 16 Mac 2013 - Perlawanan kelima Malaysia menentang India dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013 bakal berlangsung pada jam 8.05 malam ini di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. Malaysia perlu dan wajib menang kerana dipercayai Australia telah berpakat untuk memberi kemenangan kepada New Zealand. Berikut ialah keputusan terkini perlawanan Malaysia vs India. Keputusan akan dikemaskini dari masa ke semasa.


Malaysia (2) - (2) India (FT)

Tahniah kepada skuad kebangsaan kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir walaupun hanya mampu seri dengan India sebentar tadi. Malaysia harus berterima kasih kepada Australia yang menewaskan New Zealand, 3-2.


Dalam perlawanan akhir nanti, Malaysia akan bertemu dengan Australia yang menepati statusnya bekas juara dunia hoki dengan menjuarai peringkat kumpulan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013.


12:40 PTG 0

16 Mac 2013 - Ops Daulat hari ke-11 di Lahad Datu (6 Photo)

Gambar Ops Daulat hari ke-11 di Lahad Datu - Ops Daulat memasuki hari kesebelas hari ini dengan pasukan keselamatan dijangka bakal melancarkan serangan ofensif untuk menamatkan krisis di Lahad Datu. Difahamkan, ketua pengganas telah melarikan diri ke selatan Filipina dan meninggalkan saki-baki pengikutnya di Tanjung Batu, Lahad Datu. Memang pengecut sungguh. Jom layan beberapa gambar terkini Ops Daulat sepanjang hari ini, 16 Mac 2013.








8:43 PG 0

Zizan raja lawak rancang kahwin tahun 2014


Zizan raja lawak rancang kahwin tahun 2014 - Setakat ini pencapaian pelakon dan pelawak Mohd. Razizan Abdul Razak atau Zizan dalam bidang seni cukup membanggakan dengan pelbagai rentetan kejayaan yang telah diraihnya.

Bakal mencecah usia 29 tahun pada 15 April ini, pastinya ramai peminat yang tertanya-tanya bilakah artis kegemaran mereka ini bakal menamatkan zaman bujang setelah pernah digosipkan dengan beberapa artis seperti Juliana Evans dan Nora Danish.

Ikuti temu bual Kosmo bersama Zizan yang ditemui pada majlis bertemu peminat yang diadakan di Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Seorang wanita yang sungguh istimewa di hati Zizan menemaninya pada majlis tersebut, tidak lain dan tidak bukan ibunya, Anai Ibrahim.

Kosmo: Tidak lama lagi usia Zizan sudah menjangkau 29 tahun. Adakah anda tidak pernah terfikir mahu mendirikan rumah tangga?

Zizan: Bukan tidak pernah terfikir ke arah itu, cuma buat masa ini saya lebih selesa untuk menumpukan sepenuh masa kepada kerjaya. Apatah lagi dengan jadual yang agak padat membuatkan saya kurang mengambil berat tentang perkahwinan.

Kosmo: Adakah Zizan meletakkan sebarang sasaran untuk berkahwin dalam tempoh tertentu?

Zizan: Secara terus terang saya mahu berkahwin pada tahun hadapan apabila usia saya menjangkau 30 tahun. Bagaimanapun, sehingga kini saya masih belum jumpa gadis yang sesuai untuk menjadi teman hidup saya.

Kosmo: Adakah Zizan meletakkan sebarang kriteria tertentu untuk memilih calon isteri?

Zizan: Biarpun saya pernah digosipkan bercinta dengan beberapa pelakon cantik, tidak semestinya kecantikan menjadi pilihan utama saya memilih seseorang gadis sebagai isteri.

Zizan: Saya tidak kisah sangat tentang paras rupa kerana kriteria yang paling penting adalah keserasian. Selain itu, gadis berkenaan perlu menghormati keluarga dan memahami kerjaya saya.

Kosmo: Apakah perkembangan kerjaya terbaharu Zizan?

Zizan: Buat masa ini, saya sedang menjalani penggambaran filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof berjudul, Abang Long Fadil bergandingan dengan pelakon hebat seperti Aaron Aziz dan Soffi Jikan.


Pihak Kosmo juga tidak ketinggalan menemubual ibu Zizan. Berikut sedutan temu ramah bersamanya.

Kosmo: Bagaimanakah dengan harapan puan setelah melihat kejayaan Zizan sekarang?

Anai: Sebagai ibu, sudah tentu saya sangat gembira dan berbangga dengan kejayaannya. Sebelum ini saya memang tidak menjangka sama sekali dia akan bergelar seorang artis.

Anai: Dengan kejayaannya itu, kini saya cuma amat berharap agar dia segera mendirikan rumah tangga. Tentang calon isteri pula saya serah semua kepada Zizan dan saya akan bersetuju dengan sesiapa sahaja pilihannya.

Kosmo: Adakah puan pernah mendesak Zizan supaya dia cepat-cepat berkahwin?

Anai: Saya tidaklah terlalu mendesaknya sangat, cuma saya ada bertanya bila lagi dia mahu berkahwin. Namun begitu, dia cuma menjelaskan mahu memberi tumpuan kepada kerjaya terlebih dulu.

Kosmo: Apakah pandangan puan terhadap hubungan Zizan dan Juliana Evans?

Anai: Setahu saya mereka berdua tidak lebih daripada teman biasa, malah Zizan menyatakan bahawa Juliana merupakan seorang teman yang baik.


7:30 PG 0

Terkini 16 Mac 2013 - Seorang lagi tentera ATM cedera ditembak


Seorang lagi tentera ATM cedera ditembak - Mengikut maklumat yang diterima dari Mynewshub memberitahu bahawa seorang lagi pasukan keselamatan Malaysia dipercayai cedera dalam pertempuran sebelah petang semalam.

Ini berikutan helikopter polis yang diletakan di Masjid Wilayah Sahabat, Felda Sahabat dilihat menerbangkan seorang anggota keselamatan yang dipercayai cedera ke destinasi yang belum dapat dipastikan.

Anggota berkenaan dibawa naik ke helikopter menggunakan pengusung.

Pasukan keselamatan yang cedera atau meninggal dunia akan dibawa sama ada ke hospital di Lahad Datu atau Sandakan.

Helikopter berkenaan dilihat terbang pukul 6 petang tadi menjadikan insiden berkenaan mungkin berlaku selepas sidang media harian sebelah petang tadi.

Setakat ini 10 kematian melibatkan pasukan askar dan polis dilaporkan manakala kematian di pihak pengganas dipercayai sudah mencecah 61 orang. - Sumber