Zahiril akui bernasib baik kahwin Shera


Zahiril akui bernasib baik kahwin Shera – Kehadiran anak sulung bernama Nadi Anaqi dalam keluarga Zahiril dan Shera benar-benar mengubah corak kehidupan keluarga mereka serta sisih pandangan Zahiril terhadap isterinya.

Menurut pelakon itu, dirinya amat bersyukur dan beruntung kerana memiliki seorang isteri yang pandai dan rajin menjaga anak lelaki mereka meskipun terpaksa mengabaikan masa tidur.

"Saya bernasib baik mempunyai isteri seperti Shera. Dia yang banyak menjaga Anaqi. Kadang-kadang saya pun pelik, malam Shera berjaga tapi pagi-pagi dah bangun."

"Bukan saya tak ada masa nak jaga Anaqi, cuma saya sibuk dengan pengambaran filem dan drama. Lagipun, Anaqi breast feeding."

Selain itu, Zahiril turut mengakui banyak belajar selok-belok tentang bayi daripada Shera memandangkan isterinya itu seorang yang rajin membaca buku-buku mengenai bayi

"Kesemua pasal bayi ini, Shera yang beritahu saya. Saya belajar semua dari dia. Dia rajin membaca buku pasal bayi, perkara elok atau tak semua dia beritahu saya."

Untuk pengetahuan, Zahiril dan Shera Ayob berkahwin pada 20 November 2011 di Perak. Dua tahun kemudian pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Nadi Anaqi.


0 Response to "Zahiril akui bernasib baik kahwin Shera"

Catat Ulasan

dzulCYBER