Wajah sebenar kekasih baru Nabila Huda

Wajah sebenar kekasih baru Nabila Huda - Kisah cinta aktres seksi Nabila Huda memang sering menjadi perhatian orang ramai sejak pelakon itu bercerai dengan suaminya, Zaidi Zailaini, pada Ogos 2011.

Jika sebelum ini, Nabila Huda pernah bercinta dengan pelakon Nas-T namun hubungan itu hanya bertahan beberapa bulan sahaja kerana tiada persefahaman.

Baru-baru ini, anak kepada lagenda rock, Amy Search itu telah mendedahkan hatinya sudah dimiliki oleh seorang lelaki yang dirahsiakan identitinya.

Menurut Nabila, mereka berkenalan beberapa bulan lalu dan sehingga kini masih saling mengenali hati budi masing-masing. Meskipun begitu, beliau mengelak untuk menceritakan lebih lanjut mengenai kekasih barunya kerana bimbang kisah cinta mereka dimanipulasikan orang lain.

Di sini, admin kongsikan dua keping gambar romantik Nabila Huda dan kekasih hatinya. Gambar kredit kepada portal xlupa.




0 Response to "Wajah sebenar kekasih baru Nabila Huda"

Catat Ulasan

dzulCYBER