Wajah pembunuh Asrup Raidin, Anggota TLDM kini tersebar


Wajah pembunuh Asrup Raidin, Anggota TLDM kini tersebar - Kematian seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikenali Asruf atau nama sebenarnya Asrup Bin Raidin beberapa minggu lalu amat memeranjatkan orang ramai. Allahyarham berpangkat Lans Koperal 1 PAP.

INFO : Promosi terkini New iPad plus 4G LTE hanya pada harga RM1,248

Mangsa yang berasal dari Tenom, Sabah itu didakwa bukan mati lemas seperti laporan asal tetapi dibunuh secara kejam ketika sedang menjalani latihan. Buktinya, terdapat kesan-kesan tumbukan dan tusukan rokok pada kulit mangsa.


Keluarga Asruf yang tidak berpuas hati dengan laporan punca kematiannya bertindak memuatnaik sekeping gambar mayat mangsa dalam keadaan menyayat hati menerusi laman sosial pada 9 Disember lalu dan meminta pihak TLDM membuat siasatan semula.

Sehari selepas penyebaran itu, laman sosial TLDM telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang memberikan jaminan kepada keluarga mangsa bahawa siasatan lanjut akan dijalankan dan mereka memandang kes tersebut sebagai serius.


Seminggu selepas kenyataan rasmi TLDM, sekeping gambar lelaki berpakaian seragam TLDM mula disebarkan kepada umum. Lelaki berkenaan dipercayai merupakan pembunuh sebenar kepada Asrup Bin Raidin.


0 Response to "Wajah pembunuh Asrup Raidin, Anggota TLDM kini tersebar"

Catat Ulasan

dzulCYBER